fbpx

Tempoh Menyiapkan Sebuah Rekabentuk Logo

Tempoh menyiapkan sebuah rekabentuk logo | Logo Design Services
Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung yang melawati ruangan blog RizQi Copy Centre. Pada hari ini kami akan berkongsi soalan yang sentiasa menjadi bualan mulut orang ramai apabila ia berkaitan tentang tempoh pembinaan atau menyiapkan sebuah rekabentuk logo. Pasti anda tertanya ‘Berapa lamakah masa diperlukan untuk menyiapkan sebuah rekabentuk logo?’, bukan? Kali ini kami akan menjawab soalan tersebut secara terperinci dan mengapa terdapat tempoh menyiapkan sebuah rekabentuk logo itu memakan masa yang panjang pada sesetengah jenis perniagaan atau permintaan pelanggan.

Terdapat beberapa perkara yang mampu mempengaruhi tempoh menyiapkan sebuah rekabentuk logo iaitu :

1. Ciri-ciri Logo dikehendaki oleh pelanggan

Pertama sekali, kami akan bertanyakan beberapa soalan tentang jenis dan ciri-ciri perniagaan yang anda lakukan agar kami boleh memahami serba-sedikit tentangnya. Sewaktu dalam proses ini, kami akan saling bertukar pendapat dengan anda bagi memahami lebih terperinci tentang logo yang diingini agar ia bersesuaian dengan jenis perniagaan dilakukan. Proses ini sekurang-kurangnya memakan masa berjam-jam malah berhari-hari jika ia melibatkan Branding! Oleh itu, kami amat mengharapkan kerjasama daripada pihak anda agar proses pertama ini berjalan dengan lancar.

2. Mengkaji jenis perniagaan pelanggan lakukan

Seterusnya, kami akan membuat kajian latar belakang tentang perniagaan anda lakukan. Seperti yang telah kami nyatakan pada point pertama, mengenali jenis perniagaan anda lakukan juga memainkan peranan penting dalam membina sebuah rekabentuk logo yang menepati ciri-ciri jenis perniagaan tersebut. Contohnya, jika anda memiliki jenis perniagaan berunsurkan makanan, sudah tentu logo anda perlu mempunyai unsur-unsur perniagaan makanan dan bukanlah sebaliknya.

Oleh itu, kami sentiasa mengingatkan pada pelanggan kami untuk memberi gambaran yang jelas tentang jenis perniagaan mereka lakukan agar ia memudahkan kami untuk memastikan ia adalah menepati ciri-ciri perniagaan dilakukan.

3. Menjana idea untuk proses logo asas

Bergantung pada ciri-ciri dan jenis perniagaan dilakukan serta kemahuan pelanggan, proses menjana idea pembikinan logo asas berkemungkinan memakan masa lebih daripada yang dijangkakan. Namun begitu, kami menyiapkan logo yang dikehendaki oleh pelanggan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari bekerja. Ia juga bergantung pada kemahiran pereka bentuk grafik! Oleh itu, segelintir pereka bentuk grafik akan memakan masa yang panjang untuk menyiapkan sebuah logo disebabkan beberapa perkara teknikal. Buat pilihan bijak dan pastikan ia menepati bajet anda!

4. Membina logo berasaskan vektor & tipografi

Seterusnya, kami akan menghasilkan logo asas menggunakan versi vektor dan tipografi melalui hasil data-data yang telah dikumpulkan pada awal proses pembikinan asas logo. Sewaktu proses ini dilakukan, ia mampu memakan masa berjam-jam malah berhari-hari jika diperlukan kerana kami amat sensitif pada setiap sudut-sudut pada logo dilakukan agar ia nampak kemas dan tersusun sepertimana logo design yang telah dipersetujui oleh pelanggan. Kami amat menitikberatkan sekali kualiti logo yang dihasilkan sama ada ia kelihatan mudah atau simple mahu pun kelihatan rumit kerana kami amat prihatin terhadap imej perniagaan anda lakukan.

5. Membuat pemilihan warna menepati perniagaan

Tambahan itu, proses pemilihan warna juga amat memainkan peranan penting dalam pembinaan sebuah rekabentuk logo. Setiap warna yang dipilih mempunyai maksud tersendiri dan mempunyai ‘feeling’ yang berbeza apabila dilihat. Oleh itu, memahami jenis perniagaan dilakukan amatlah penting sekali agar ia tidak lari daripada konteks yang telah disediakan. Pihak graphic designer akan menjelaskan mengapa warna-warna tersebut dipilih sebagai intipati pada logo perniagaan anda dan sekiranya anda tidak bersetuju pada pemilihan warna tersebut, kemukakan pendapat anda kerana ia juga amat penting dalam proses ini. Sebaik sahaja proses pemilihan warna tamat, proses terakhir adalah membuat review berulang-kali.

6. Membuat review berulang-kali

Akhir sekali, anda digalakkan membuat review sekurang-kurangnya 2 kali review (bergantung pada jenis pakej anda langgan) agar anda berpuas hati terhadap hasil logo yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk grafik yang anda pilih. Pastikan setiap sen yang anda korbankan itu berbaloi pada hasil yang telah dilakukan.

Namun begitu, anda juga haruslah bijak memilih jenis pakej logo yang disediakan oleh pihak pereka bentuk grafik! Jika anda ingin hasilkan logo branding untuk perniagaan korporat, pastikan anda memilih pada pakej yang menepati perniagaan tersebut dan bukannya memilih pakej Basic atau pakej asas untuk perniagaan kecil. Kenali jenis perniagaan anda juga penting untuk kedua-dua pihak.

Kesimpulannya

Setiap pereka bentuk grafik di luar sana mempunyai kemahiran dan rentak berbeza dalam melakukan kerja. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan proses pembikinan logo tetapi apa yang anda perlu risau jika anda tidak memberikan kerjasama pada pihak pereka bentuk grafik. Ia bukan sahaja melambatkan proses malah ia menyusahkan pihak lain untuk meneruskan projek lain. Sesetengah pakej logo yang rumit akan memakan masa yang panjang namun ia berbaloi pada harga yang dikenakan! Buat pilihan bijak dan kenali kehendak anda.

Walau bagaimanapun, pihak MyLabuan Copy Centre pada masa ini tidak menyediakan pakej berlainan untuk penyediaan logo perniagaan. Kami hanya memberi sama rata pada satu harga untuk servis sebuah rekabentuk logo! Untuk info lanjut, boleh klik butang di bawah ini.

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen