Soalan Lazim

Ruangan ini adalah menjawab soalan-soalan lazim yang pernah diajukan kepada kami tentang servis yang dilakukan.

Servis Logo Design

Kami mengambil masa sehari sekurang-kurangnya untuk mengumpul idea dan rough design logo tersebut. Setelah diperhalusi design tersebut, kami akan menghantarnya kepada anda untuk design confirmation. Sekurang-kurangnya 2 jenis design logo akan diberikan.

Kami menerima pembayaran secara atas talian (online) atau terus datang ke kedai kami untuk membuat pembayaran penuh sama ada deposit 50% atau bayaran secara penuh.  Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, kami akan melakukan tempahan logo design anda berikan.

Dukacita ingin kami maklumkan pada anda proses kami menyiapkan design logo adalah sekurang-kurangnya 1-2 hari bekerja dan selewatnya 3 hari bekerja. Jika anda berniat bercadang untuk menggunakan servis kami, anda harus hubungi kami seminggu lebih awal daripada tempoh anda memerlukannya.

Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak boleh berikan design secara percuma kerana ia melibatkan kos tenaga dan masa kami untuk melakukannya. Oleh itu, kami amat mengharap anda memahami tenang permasalahan tersebut.

Servis Penulisan Resume

Kami mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk melakukan proses pembinaan resume anda dan selewat-lewatnya 24 jam selepas tempoh pembayaran dilakukan. Oleh itu, kami akan memaklumkan pada anda sekiranya resume anda telah disiapkan sama ada melalui Email atau WhatsApp.

Kami menerima pembayaran secara atas talian (online bank-in) atau anda boleh datang terus ke kedai kami untuk melakukan bayaran servis penulisan resume ini secara penuh. 

Sebaik sahaja pembayaran telah diterima, kami akan lakukan tempahan anda serta-merta selepas beberapa items yang diperlukan telah diberi kepada kami.

Cas tambahan akan dikenakan sebanyak RM 5.00 untuk express service resume. Jumlah keseluruhannya adalah RM 15.00 untuk servis resume tersebut. Kami amat galakkan anda untuk hubungi kami sehari atau 2 hari sebelum interview anda supaya memudahkan proses pada bahagian kami dan juga pada bahagian anda.

Buat masa ini kami hanya melakukan resume dalam Dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kami juga pernah menerima tempahan untuk lakukan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin namun kami menolak kerana ia diluar daripada kebolehan kami. Kami memohon maaf atas kekurangan yang ada pada pihak kami untuk tidak mampu melakukan tempahan tersebut..

Servis Cetak Sticker

Kami mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk design sticker dan kami tidak akan mengenakan sebarang cas pada design yang mudah. Namun jika design yang anda inginkan adalah rumit dan memakan masa lebih daripada 2 jam, kami akan kenakan cas design yang berpatutan pada tenaga dan masa yang digunakan.

Kami menerima pembayaran secara atas talian (online) atau terus datang ke kedai kami untuk membuat pembayaran penuh sama ada deposit 50% atau bayaran secara penuh.  Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, kami akan melakukan tempahan design & cetak sticker anda inginkan.

Servis Bunting & Banner

Proses design adalah memakan masa 1-2 jam untuk design yang mudah manakala design yang rumit akan memakan masa 6 jam. Untuk proses pencetakan bunting & banner adalah memakan masa 1 hari. Oleh itu, kami boleh menjanjikan anda ia siap dalam tempoh 2-3 hari bekerja sekurang-kurangnya.

Lebih awal pembayaran dilakukan, lebih awal kami memulakan proses designing bunting atau banner anda.

Kami menerima pembayaran secara atas talian (online bank-in) atau anda boleh datang terus ke kedai kami untuk melakukan bayaran servis design & cetak bunting / banner.

Tidak termasuk dalam pakej pencetakan bunting yang kami sediakan. Jika anda inginkan bunting T-Stand, kami boleh menyediakan ia dan ianya dikenakan cas berasingan daripada servis design & cetak. Info lanjut anda hubungi kami melalui WhatsApp di 0172179199.

Servis Rubber Stamp

Kami mengambil masa untuk design kurang daripada setengah hari termasuk confirmation design rubber stamp yang anda tempah. Tempoh untuk rubber stamp siap dilakukan adalah 3 hari bekerja sekurang-kurangnya termasuk confirmation design rubber stamp tersebut.

Kami menerima pembayaran secara atas talian (online) atau terus datang ke kedai kami untuk membuat pembayaran penuh sama ada deposit 50% atau bayaran secara penuh.  Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, kami akan melakukan tempahan rubber stamp anda.

Dukacita untuk kami maklumkan bahawa kami tidak boleh menyiapkan ia dalam tempoh sehari sahaja. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk menempahnya seminggu lebih awal sebaiknya. 

Tidak, kami tidak melakukan sebarang servis Cash On Delivery (COD) pada mana-mana servis kami sediakan. Kami amat mengalakkan pelanggan kami untuk datang terus ke kedai kami untuk lihat sendiri hasil kualiti barangan yang telah ditempah.

Servis Name Card

Proses untuk design + confirmation design daripada anda memakan masa 12 jam – 24 jam mengikut kelapangan masa anda untuk melakukan confirmation design yang diberi. Proses cetak adalah kurang daripada sehari. Keseluruhannya, 2 hari bekerja tanpa ada halangan.

Kami menerima pembayaran secara atas talian (online bank-in) atau anda boleh datang terus ke kedai kami untuk melakukan bayaran servis cetak name card / business card.

Jika anda menggunakan template name card yang kami sediakan atau design yang anda berikan itu mudah untuk kami lakukan, tiada sebarang cas design dikenakan. Hanya cas cetak sahaja. 

Walau bagaimanapun, jika design yang anda inginkan pada name card itu adalah unik dan memerlukan design yang tersendiri dan logo ekslusif pada anda, cas design logo dan ekslusif template anda akan dikenakan.