fbpx

Servis Taip Surat | Kota Kinabalu

Adakah anda tidak mempunyai masa untuk menaip surat atau tidak mempunyai kemudahan untuk menyunting dokumen – dokumen anda perlukan? Usah khuatir! Kami ada menyediakan servis tersebut.

Berminat untuk menempahnya?
Pengenalan

RizQi Copy Centre kini menyediakan kemudahan untuk membantu anda menaip surat-surat atau menyunting dokumen-dokumen yang anda perlukan dalam masa yang singkat. Jika anda tidak mempunyai kelapangan waktu, anda boleh gunakan servis kami ini pada bila-bila masa sahaja. 

Servis yang dijalankan ini adalah 24 jam di mana kami sentiasa berada di atas talian (online) untuk membantu anda. Kami cadangkan dokumen yang anda berikan pada kami itu adalah jelas dan tepat agar memudahkan kedua-dua belah pihak.

Kami juga memastikan dokumen-dokumen yang anda berikan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak dan sebaik sahaja dokumen itu telah siap dihantar, kami akan memadam file dokumen yang ada pada kami. Anda tidak perlu risau tentang dokumen tersebut.

Servis-Taip-Surat | RizQi Copy Centre
PERINGATAN

Kami sekeras-kerasnya menolak segala tempahan yang memerlukan pemalsuan dokumen sama ada penyata bank, resit pembayaran mahupun sebarang lesen perniagaan yang dimiliki oleh mana-mana individu. Kesalahan Pemalsuan dokumen adalah kesalahan yang berat dan ia ternyata dalam Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AKTA 168) iaitu Pemalsuan, Penyembunyian dan Pemusnahan Dokumen pada muka surat 88 no.108 :-

Seseorang, dengan niat untuk memperdaya, berkenaan dengan sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, yang membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam miliknya suatu dokumen palsu, yang berupa sebagai dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang telah dibuat dalam apa-apa dokumen, atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Rujukan boleh dilihat pada pdf file ini ya :- http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta_618.pdf

Ciri-Ciri Servis Taip Surat
Kualiti Terjamin

Kami memastikan susunan ayat adalah tepat dan tersusun manakala kesalahan-kesalahan kecil yang terdapat dalam struktur surat tersebut juga akan diperbetulkan.

Tidak Disalahgunakan

Kami juga memastikan dokumen-dokumen yang kami uruskan untuk anda ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak dan akan dipadam sebaik sahaja selesai.

Pantas dan Cekap

Memastikan tempoh untuk menyiapkan dokumen yang diberikan adalah menepati waktu yang telah ditetapkan oleh anda dan susunan dokumen adalah tepat.

Cara Tempahan Servis

Anda boleh kunjungi kedai kami yang terletak di alamat seperti berikut:-

Alamat Kedai

Shop Lot No 3, Grd Floor, Lorong Friendship 3C,
Taman Friendship PH3 Petagas,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Beroperasi

Isnin - Sabtu : 9 Pagi hingga 6 Petang
Ahad : 6 Petang hingga 8 Malam
Tutup : Cuti Umum sahaja

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0172179199 untuk mendapatkan info lanjut.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email iaitu mylabuancc@gmail.com atau sales@mylabuan.biz. 24 Jam secara online.