fbpx

Info Am | Servis Percetakan Sepanjang Tempoh PKP

Makluman

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pelanggan yang kami hormati. Sepertimana yang anda tahu, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah melebihi dari sebulan iaitu dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 lalu. Sepanjang tempoh PKP ini dilakukan pastinya peniaga-peniaga kecil khususnya yang terasa impak dan bukan sahaja anda malah kami juga turut merasakan impak yang sama seperti anda. 

Namun begitu, kami turut bersyukur pada mereka yang berada di barisan hadapan (frontliners) yang sentiasa bertungkus-lumus pada ketika ini untuk membendung wabak Covid-19. Jasa anda yang berjuang pada ketika ini akan terus segar di ingatan kami dan sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih pada mereka yang berkerja keras untuk membendung isu wabak Covid-19.

Berbalik kepada topik di atas, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilakukan, kami hanya menjalankan beberapa servis percetakan seperti :-

  1. Cetak Dokumen & Laminate
  2. Servis Cetak Sticker (Sticker Printing)
  3. Servis Rubber Stamp (Chop)
  4. Servis Membuat Name tag (PVC & Epoxy)
  5. Servis Penulisan Resume
  6. Servis Rekabentuk Grafik Digital (Logo, Web Banner, Flyers, etc)

Kami menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan kurier Poslaju namun kami tidak menggalakkan anda yang berada di semenanjung kerana anda juga boleh lihat sendiri pada ketika ini, tempoh parcel untuk sampai ke tempat anda mengambil masa lebih 1 minggu lebih sekurang-kurangnya. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk mencari kedai percetakan atau penyediaan servis yang anda cari di kawasan berhampiran anda.

Sepanjang tempoh PKP, servis percetakan kami lebih tertumpu pada kawasan berhampiran Kota Kinabalu, Petagas, Putatan, Penampang dan beberapa kawasan sekitar sahaja. Hal ini kerana kami boleh menggunakan Grab Delivery untuk tujuan penghantaran barangan manakala PosLaju hanya akan digunakan pada kawasan luar daripada kawasan yang kami nyatakan di atas (mengikut kehendak pelanggan). Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di

Peringatan :- sentiasa mengamalkan jarak sosial 1 meter sekurang-kurangnya daripada orang lain, kerap membasuh tangan, menjaga kebersihan diri pada setiap masa dan jangan lupa untuk memakai topeng muka (face mask) ketika anda berada di luar. Terima kasih!
 
#stayathome #kitajagakita #covid-19 #PKP #terimakasihfrontliners
Penulis Blog
Mohd Faaiz

Hi! Selamat datang ke ruangan Info AM RizQi blog. Ruangan blog ini bertujuan untuk memberikan pendedahan info-info am yang kami maklumkan pada pelanggan-pelanggan kami diluar sana dan berinteraksi lebih dekat untuk mengenali antara satu sama lain.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email:- mylabuancc@gmail.com atau sales@mylabuan.biz . Sebarang pertanyaan berkenaan servis boleh dilakukan.

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0198813858 untuk mendapatkan info lanjut.

Jika anda ingin melihat atau menghubungi kami melalui facebook, tekan sahaja icon "Facebook" ini. Like & Follow Us!

Sebarang post terkini lebih mudah untuk didapati pada laman Insta kami. Jangan lupa untuk follow!