Servis Design & Printing T-shirt Malaysia

DesiImage result for heat-transfer machineAssalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung!

Hari ini kami ingin kongsikan salah satu servis utama kami iaitu Design & Printing T-shirt. Pertama sekali, kami tidak menetapkan jumlah baju yang perlu ditempah. Walau sehelai sahaja pun tidak menjadi masalah. Tumpuan utama kami adalah pada design yang anda berikan dan inginkan. Jika design anda tidak terlalu rumit dan tidak perlu dibaiki (jika perlu) maka sebarang cas tambahan untuk design tidak dikenakan. Jangan risau! Rundingan harga boleh dilakukan.

Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah percuma. Oleh itu, kami galakkan anda yang berminat sama ada ingin membuat baju uniform untuk special event, baju kelas, jersey atau apa sahaja, bolehlah membuat tempahan baju pada harga yang berpatutan. Semakin banyak anda tempah, semakin tinggi diskaun boleh diberikan pada anda.

Terdapat dua jenis heat-transfer paper yang digunakan iaitu:-

  • Heat Transfer Paper for stickers
  • Vinyl Heat-transfer Paper

Heat-transfer Vinyl One PieceT-shirt Design

Contoh penggunaan Vinyl Heat-transfer Paper (Terhad dalam penggunaan warna)

Heat-Transfer Paper For Stickers

Contoh penggunaan heat-transfer paper for stickers di mana anda boleh request apa sahaja logo atau gambar yang ingin anda tampal di baju anda. Tiada terhad warna yang digunakan. Selagi gambar / design yang anda berikan adalah berkualiti sederhana ~ tinggi, hasilnya pasti terbaik!

Bagaimana untuk hasilkan design atau logo untuk baju anda? Bukan ramai yang berkebolehan untuk pakai Adobe Photoshop, Illustrator, Corel Photopaint dan lain-lain. Oleh itu, kami syorkan anda untuk gunakan Photoscape, lebih kurang seperti apps untuk filter yang digunakan dalam smartphone anda cuma ia digunakan pada desktop. Anda boleh cuba mencari idea design yang diingini dan bolehlah mula untuk membuat tempahan dengan kami. Pasti tidak mengecewakan anda ;)

Dapatkan info lanjut tentang harga dengan hubungi kami melalui WhatsApp yang tertera di screen smartphone / desktop anda. Jika anda tinggal di kawasan Kota Kinabalu atau Putatan, anda boleh lawat kedai kami di

 Lot 300, 1st Floor,
Taman Pasir Putih PH4, Jalan Gorongan,
Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
(Atas 99 Speedmart, berdekatan Dewan Sri Putatan)

Atau anda boleh membuat tempahan ketika kami berada di Tamu Minggu (Tamu Gaya) bersebelahan DBKK setiap hari AHAD.

Spread the love

Leave a Reply