Servis Design Menu Hidangan Restoran!

Servis Design Food Menu MYCC

Adakah anda sedang mencari servis design menu hidangan?

Adakah anda sudah mempunyai restoran sendiri namun design menu hidangan anda tidak menepati citarasa tema restoran anda? Adakah anda ingin design yang lebih kemas dan cantik? Kami menyediakan khidmat atau servis untuk melakar dan membentuk menu hidangan restoran anda mengikut tema yang anda sukai. 

Selain itu, menu hidangan restoran anda merupakan salah satu tarikan utama apabila pelanggan yang datang ke kedai untuk menjamu selera. Ia mampu memberikan impak visual kepada pelanggan anda tentang hidangan yang anda sediakan di restoran tersebut. Menu hidangan restoran haruslah kemas dan kreatif supaya mudah dibaca dan difahami oleh pelanggan. 

MyLabuan Copy Centre akan memberikan khidmat yang terbaik untuk melakar dan mereka bentuk design yang anda kehendaki mengikut tema yang diberikan. Salah satu kafe di kawasan Putatan telah menempah design untuk menu hidangan cafe mereka.

 

Anda berminat untuk menggunakan servis kami? Hubungi kami!

Antara ciri-ciri diterapkan dalam servis ini...

Jenis Menu

Menu hidangan ini tidak terhad pada restoran sahaja, malah kami boleh lakukan pelbagai jenis menu hidangan seperti food truck menu, cafe, kedai kopi dan lain-lain

Visual Menu

Susunan, gambar, jenis font serta saiz dan lain-lain memainkan peranan penting. Ia adalah kunci kemenangan untuk pemilik restoran disamping hidangan disediakan.

Proses Tempahan Servis

Kami akan berikan 3 jenis design yang berbeza mengikut tema yang diberikan oleh anda. Kemudian anda pilih yang terbaik mengikut citarasa dan tema restoran anda. Sebaik sahaja pengesahan telah dilakukan, kami akan lakukan colour printing yang terbaik menggunakan kertas yang berkualiti tinggi untuk menu hidangan restoran anda. Takut ia basah ? Luntur? Kami akan lakukan laminating selepas selesai mencetak.

Cas yang dikenakan adalah design + kertas digunakan + laminating. Jika anda mempunyai logo sendiri dan mempunyai soft copy logo tersebut, cas tambahan tidak dikenakan. Namun, jika anda tidak mempunyai soft copy logo restoran perniagaan anda, cas servis untuk membina logo anda akan dikenakan.

Kualiti kertas digunakan adalah kualiti terbaik dan pastinya tidak akan mengecewakan anda! Jadi, apa tunggu lagi?! Marilah tempah di MyLabuan Copy Centre! Harga bajet punya! 

Antara projek yang telah kami siapkan untuk pelanggan kami...
Food Menu Mockup MNR cafe
Spread the love

Leave a Reply