Sabun Taharah | Sabun Tanah

Maksud Taharah

Taharah didefinisikan dari segi bahasa adalah suci dan bersih. Manakala, taharah dari istilah syarak adalah suci dan bersih daripada najis atau hadas. Bersuci daripada hadas adalah wajib di dalam Islam.

Sabun Taharah

Sabun Taharah adalah sejenis sabun yang mengandungi 90% Tanah Liat di mana ia boleh digunakan untuk proses membersihkan najis mughallazah dan bersertu. Ia selamat digunakan dan telah disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. 

Sabun Taharah ini disokong dan disahkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa di Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Disahkan dan disokong oleh :-
  • Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
  • Jabatan Mufti Negeri Sembilan
  • Jabatan Mufti Negeri Terengganu
  • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Khasiat Sabun Taharah

  • Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi.
  • Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering
  • Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit.
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
  • Menghilangkan bau badan
  • Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain.
  • Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan.
  • Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
  • Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.)
  • Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.
  • Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.

Cara menggunakan Sabun Taharah

  • Biarkan Sabun Taharah di kulit yang bermasalah seketika supaya buih / air sabun ini benar-benar menyerap ke dalam kulit, kemudian barulah dibilas.
  • Jika demam panas, lumurkan Sabun Taharah ke badan supaya tanah liat akan menyerap panas / wap badan. Biarkan kering, kemudian bilas.

Soalan Lazim

Sertu ialah cara pembersihan untuk najis mughallazah. Caranya adalah dengan mengalirkan satu bahagian air yang dicampur dengan tanah dan lagi enam bahagian air mutlak (bersih & suci) ke tempat yang terjejas. Boleh dimulakan dengan mana-mana bahagian dan tanah yang digunakan haruslah suci dari mana-mana najis.

Semua industri, premis, peralatan, pakaian, pengangkutan, anggota badan manusia dan sebagainya yang terkena najis mughallazah harus menggunakan sabun tanah liat untuk digunakan sebagai pengganti tanah dalam proses sertu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-76 pada 21-23 November 2006 seperti berikut:-

“Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak”

Proses Sertu untuk Objek / Perkakas

  1. Sediakan air bersih yang mencukupi dan sabun tanah liat.
  2. Campurkan sabun tanah liat ke dalam air bersih dengan memastikan sabun dihancurkan.
  3. Air telah sedia untuk digunakan bagi proses sertu
  4. Alirkan air sabun tanah liat pada alatan yang hendak disertu untuk menghilangkan najis yang sedia ada bagi memulakan proses sertu.
  5. Selepas itu, bersihkan alatan tersebut dengan air mutlak/bersih sebanyak enam (6) kali.
  6. Setelah selesai proses sertu, bersihkan alatan tersebut dengan bahan pencuci yang dibenarkan dan mesti disanitasi selama 60 saat. Selepas itu keringkan alatan tersebut.

Proses Sertu Tangan yang dicemari Najis Mughallazah

  1. Basuh tangan dengan mengalirkan air sabun tanah liat untuk menghilangkan najis yang terkena pada mana-mana anggota sehingga hilang bau, rasa dan warna.
  2. Selepas itu, basuh semula tangan dengan air bersih sebanyak enam (6) kali.
  3. Setelah selesai sertu, sanitasi tangan anda dan bilas dengan air bersih. Keringkan tangan dengan tuala dan sebagainya.

Rujukan info lanjut tentang cara-cara sertu yang lain adalah di sini “Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam

Jika kedua-dua anjing dan manusia/ barang/ tempat yang terkena berada di dalam keadaan kering, maka tidak perlu sertu. Sertu hanya perlu dilakukan jika salah satu, anjing atau manusia/ barang/ tempat yang terkena sedang basah, ataupun kedua-duanya basah.

Pencerahan Ustaz

Cara Pembelian Sabun Taharah

Anda boleh kunjungi kedai kami yang terletak di alamat seperti berikut:-

Alamat Kedai

Lot 300, 1st Floor, Tmn Pasir Putih PH4,
Jalan Gorongan, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Beroperasi

Isnin - Sabtu : 9 pagi hingga 6 petang
Ahad : 6 petang hingga 8 malam

Pertanyaan Lanjut

Hubungi kami melalui aplikasi WhatsApp di 0172179199