Penyediaan Resume Professional | Clean & Fresh

Servis penyediaan resume professional ini bertujuan untuk membantu menyusun, membaiki dan menambahbaik susunan ayat, penggunaan jenis ayat dan kesalahan-kesalahan umum di samping menyerikan wajah resume anda untuk tampak lebih professional serta kemas!

Berminat untuk menempahnya?
Pengenalan

Pernahkah anda terfikir bagaimana sekeping kertas yang dipenuhi dengan dakwat hitam mampu mengubah dunia anda? Resume merupakan sehelai kertas yang dipenuhi dengan impian dan harapan seseorang untuk melayakkan diri mendapatkan panggilan temu duga kerjaya yang mereka impikan. 

Namun begitu, perjuangan untuk mendapat panggilan temu duga amatlah sengit sekali kerana ramai graduan yang diluar sana juga berusaha gigih untuk menghiaskan sehelai kertas dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan servis penyediaan resume.

Oleh itu, MyLabuan Copy Centre menyediakan servis penyediaan resume professional pada harga berpatutan pada anda. Kami akan memastikan susunan ayat, penggunaan jenis ayat, kesalahan-kesalahan umum yang dilakukan akan diperbaiki serta dihiasi dengan wajah baru yang lebih sistematik dan kemas. 

Servis Penyediaan Resume Professional | Kota Kinabalu, Malaysia
Ciri-Ciri Servis Rekabentuk & Cetak
Penyimpanan Data

Kami tidak akan kongsikan data resume & CV anda pada mana-mana pihak. Pihak kami sama sekali tidak akan berkongsikan data anda di laman rasmi mahupun laman sosial.

Tempoh Tempahan

Kebiasaannya, proses pengurusan resume adalah lebih kurang 4 jam jika tiada halangan. Tempoh maksima adalah satu hari. Oleh itu, semakan akan dibuat sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya!

Soft Copy File

Kami akan sediakan soft copy resume atau CV anda di dalam 2 jenis file berbeza bagi kemudahan anda untuk mengubahnya kemudian iaitu powerpoint / presentation file (.pptx) dan pdf file (.pdf).

Pantas dan Cekap

Kami pastikan resume atau CV anda siap tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Anda tidak perlu risau! Servis kami adalah pantas dan cekap. Dapatkan servis terbaik daripada kami~

Design Resume

Sila pilih antara 3 jenis design yang disediakan.

Sample Design A
Design A
Resume Sample Design B
Design B
Penulisan Resume | Resume Sample Design C
Design C
Mohon Perhatian!

Sekiranya anda tidak mempunyai softcopy resume anda, kami juga menyediakan borang untuk pengisian Resume anda. Anda hanya perlu menekan butang 'Muat Turun Borang' tersebut. Selepas itu, kami akan menghubungi anda untuk keterangan lanjut berkenaan servis dilakukan.

Info Tambahan

Standard Resume adalah maksima 2 muka surat. Jika resume anda yang terkini melebihi 3 muka surat, kami akan mencuba sedaya-upaya untuk memuatkan kandungan maklumat anda dalam 2 helai muka surat agar ia nampak lebih tersusun dan kemas serta menepati format resume sebenar.

Cas & Syarat Servis
  • Cas Servis dikenakan adalah RM 10.00 sahaja
  • Cas Servis adalah termasuk design dan penambahbaikan resume anda.
  • Sebarang pengubahsuaian data boleh dilakukan dalam tempoh 3 hari atau 10 kali review sahaja.
  • Pilih design yang bersesuaian dengan citarasa anda kemudian hubungi kami melalui WhatsApp atau E-mail.
  • Pemberian maklumat anda boleh dilakukan melalui WhatsApp atau E-mail. Pastikan maklumat diberikan telah dikemaskini.
  • Hanya Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu sahaja.
  • Sebarang soalan berkenaan servis boleh dilakukan pada mana-mana ruang media sosial iaitu Facebook atau pun WhatsApp.
Soalan Lazim

Pada luarannya, tiada ada banyak perbezaan yang dilakukan namun kami bukan sahaja menumpukan pada reka bentuk (design) resume tersebut malah susunan ayat, kesalahan tatabahasa, penyusunan info dan lain-lain adalah antara aspek servis kami lakukan.

Kami tidak akan kongsi data peribadi anda di laman sosial atau mana-mana pihak ketiga TANPA persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami amat tegas dalam hal ini. Oleh itu, testimoni anda sahaja yang kami akan kongsikan.

Proses penyediaan resume yang lengkap memakan masa 5 jam minimum bergantung pada maklumat anda sertakan. Sebaik sahaja siap, kami akan hubungi anda berkenaan resume tersebut.

Jika berlaku sebarang masalah terhadap design atau kesalahan ayat atau anda rasa perlu diperbaiki pada mana-mana bahagian, kami akan lakukan secepat mungkin. Proses maksimum adalah 3 hari atau 10 kali review sahaja.

Tidak boleh, sepertimana kami tetapkan di dalam syarat servis tersebut. Namun begitu, kami faham ada sesetengah orang yang mungkin tidak mempunyai kelonggaran waktu untuk menjawab kiriman e-mail atau whatsApp tentang resume tersebut. Oleh itu, kami akan lanjutkan tempoh penambahbaikkan selama sehari, pada bila-bila masa sahaja. 

Anda tidak perlu risau tentang kami kerana servis ini dilakukan 24 jam / 7 hari! 

Buat masa ini, kami hanya boleh lakukan terjemahan dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu dan sebaliknya.

Boleh, tiada masalah. Kami juga menerima tempahan custom design resume pada harga berpatutan. Jika anda rasa design yang kami sediakan tidak menepati citarasa anda inginkan, anda boleh sketch atau lakar hard draft design anda ingini dan kami akan lakukan sepertimana anda inginkan.

Cas design akan dikenakan berasingan daripada cas servis penyediaan resume.

Cara Tempahan Servis

Anda boleh kunjungi kedai kami yang terletak di alamat seperti berikut:-

Alamat Kedai

Lot 300, 1st Floor, Tmn Pasir Putih PH4,
Jalan Gorongan, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Beroperasi

Isnin - Sabtu : 9 Pagi hingga 6 Petang
Ahad : 6 Petang hingga 8 Malam
Tutup : Cuti Umum sahaja

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0109525193 untuk mendapatkan info lanjut.

Anda boleh hubungi kami menerusi email iaitu mylabuancc@gmail.com . 24 Jam secara atas talian atau WhatsApp.