Polisi Privasi

Tarikh Berkuatkuasa: 16 November 2017

Pihak MyLabuan Copy Centre mengambil serius privasi pelanggan kami dan kami hanya akan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dibawah.

Mylabuan Copy Centre menghormati hak anda untuk perlindungan data peribadi dan privasi. Dengan itu, kami amat sukacitanya untuk menerangkan perkara-perkara yang berkaitan tentang privasi pelanggan kami dan langkah-langkah dilakukan bagi memastikan data-data anda tidak disalahgunakan.

Keselamatan Maklumat

Pihak MyLabuan Copy Centre tidak akan membuat perkongsian maklumat data pelanggan untuk tatapan khalayak umum melainkan ada keizinan pelanggan tersebut. Pihak kami juga tidak akan menyimpan data pelanggan untuk kegunaan sendiri mahupun kegunaan komersial. Data-data pelanggan yang dimaksudkan adalah seperti nama penuh, alamat, no.telefon, dan lain-lain.  Pihak kami juga tidak akan mendedahkan mana-mana maklumat peribadi anda pada pihak ketiga melainkan ada keizinan anda pada hal sedemikian.

Maklumat Pelanggan

Pihak MyLabuan Copy Centre tidak akan berkongsi tentang perbualan bertukar-tukar maklumat tentang servis disediakan. Perkongsian maklumat untuk tatapan khalayak umum hanya dilakukan apabila pelanggan memberi keizinan pada kami. 

Maklumat Sensitif

Pihak MyLabuan Copy Centre tidak mengalakkan anda untuk mendedahkan maklumat sensitif seperti latar belakang jenayah, timbul isu perkauman, politik, agama dan lain-lain di laman ini mahupun di ruangan media sosial disediakan. 

Pembayaran Secara Online

Pihak MyLabuan Copy Centre tidak mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat berkaitan kad kredit (credit card) melainkan tujuan pembayaran. Jika didapati berlaku kes penipuan, kami akan rujuk dengan Bank Negara untuk membuat pengesahan maklumat tentang kes tersebut. Pembayaran secara online harus dilakukan pada laman web rasmi bank yang telah ditetapkan. Bukti pembayaran harus disertakan sama ada melalui e-mail atau melalui aplikasi WhatsApp.

PENGEMASKINIAN POLISI PRIVASI

Untuk makluman anda, kami mungkin akan mengubah Polisi Privasi ini. Sila lihat kepada agenda ‚ÄúTarikh Berkuatkuasa‚ÄĚ (‚ÄúEffective Date‚ÄĚ) di atas halaman ini untuk mengetahui semakan terakhir Polisi Privasi ini. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa selepas kami mengumumkan semakan terakhir Polisi Privasi dalam Laman ini. Pihak Mylabuan Copy Centre akan memaklumkan segera jika ada perubahan dilakukan.

HUBUNGI KAMI
Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan Polisi Privasi ini. Sila ambil perhatian bahawa komunikasi dalam talian adalah tidak selamat; oleh itu kami tidak mengalakkan anda untuk berkongsikan maklumat-maklumat sensitif kepada pihak kami.
Perlukan Bantuan?

Jika ingin membuat sebarang pertanyaan tentang servis perkhidmatan atau polisi ini, hubungi 0172179199 untuk mendapatkan info lanjut.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email iaitu mylabuancc@gmail.com atau sales@mylabuan.biz. 24 Jam secara online.