Back to When We Started...

Akar Umbi Kami

MyLabuan Copy Centre merupakan salah satu perniagaan dibawah MyLabuan Enterprise. Kami telah berkecimpung dalam dunia perniagaan lebih daripada 10 tahun. Bukan sahaja berpengalaman, malah ramai pelanggan yang memberi kepercayaan terhadap servis dan produk kami lakukan. Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu tentang kami kerana kepercayaan anda adalah semangat kami untuk meneruskan perniagaan kami untuk masa akan datang. Mylabuan Enterprise dikenali nama asalnya adalah Efaizent Enterprise. Kami memulakan perniagaan sejak 1995 bermula dengan menjual produk herba dan jamu. Kemudian, kami memulakan servis Web Hosting pada awal tahun 2003/2004. Kami masih meneruskan servis web hosting hingga ke hari ini di samping beberapa perniagaan terbaru yang telah kami masukkan di bawah MyLabuan Enterprise.

Antara perniagaan yang dilakukan oleh kami adalah :-

Di samping itu, kami juga menyediakan servis fotostat, binding untuk portfolio, folio kerja sekolah, cetak berwarna mahupun hitam putih dan lain-lain. Pelbagai servis reka bentuk grafik (graphic design) dan pencetakkan (printing) dilakukan. Selain itu, tawaran harga servis kami merupakan salah satu harga yang terendah di dalam pasaran dan kualiti yang terbaik! MyLabuan Copy Centre bukan sahaja menawarkan seperti servis yang dinyatakan di atas malahan kami juga menyediakan servis design risalah pemasaran (flyers), design menu hidangan restoran, design t-shirt logo, design stickers dan lain-lain. Bukan itu sahaja, setiap pencetakkan untuk apa sahaja jenis servis, kami tidak meletakkan jumlah tempahan minimum mahupun maksimum.

Bio Ringkas

MyLabuan Copy Centre merupakan salah satu perniagaan di bawah MyLabuan Enterprise. Perniagaan ini adalah tertumpu menyediakan servis rekabentuk grafik untuk perniagaan, persendirian dan lain-lain.

Selain itu, MyLabuan Copy Centre juga menyediakan servis seperti kedai fotokopi yang lain. Antaranya ialah fotokopi, cetak gambar, binding folio dan lain-lain.

Mengenai Kami
  • Akar Umbi Kami
  • Soalan Lazim
  • Blog