fbpx

Design & Talk Blog | Khidmat Menaip Surat

Servis Taip Surat | Kota Kinabalu | RizQi Copy Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para followers RizQi Copy Centre! Pertama sekali, saya mewakili pihak RizQi Copy Centre ingin mengucapkan ribuan terima kasih  kerana sentiasa memberi sokongan pada servis-servis yang kami lakukan.

Post pada kali ini adalah bertujuan untuk mendedahkan lagi satu servis atau khidmat yang baru kami lakukan secara terbuka di atas talian (online) iaitu Khidmat Menaip Surat. Khidmat ini bertujuan untuk membantu anda atau sesiapa sahaja yang menghadapi kesukaran untuk melakukan penyuntingan pada surat berkaitan. Selain itu, khidmat ini wujud adalah untuk meringankan beban anda yang mungkin kurang mahir dalam membina surat dengan menggunakan software editing seperti Microsoft Word atau WPS Word atau apa sahaja.

Jika anda berhasrat untuk menggunakan khidmat yang kami sediakan ini, anda perlu sediakan beberapa perkara sebelum menghubungi kami iaitu :-

  • Dokumen Jelas & Terang
  • Jenis surat yang ingin digunakan
  • Jika terdapat no. rujukan, pastikan ia telah dikemaskini
  • Sediakan kepala surat (jika perlu)

Jika anda tidak mempunyai sebarang kepala surat dan ingin kami melakukan ia untuk anda daripada scratch, ia akan di cas asing daripada khidmat menaip surat. Oleh itu, kami galakkan anda untuk menyediakan kepala surat (Letter Head) anda sendiri sebelum memberikan dokumen itu kepada kami. Kami galakkan anda untuk menghubungi kami SEHARI AWAL daripada tempoh penghantaran surat atau keperluan dokumen tersebut bagi memastikan pengisian dokumen adalah menepati sepertimana anda inginkan sebelum ia dihantar.

Cas khidmat menaip surat ini bermula serendah RM 5.00 untuk surat-surat rasmi biasa sahaja dan harga akan meningkat bergantung pada kegunaan yang telah ditetapkan. Untuk info lanjut tentang harga, anda boleh hubungi kami di 0172179199 melalui aplikasi WhatsApp pada bila-bila masa sahaja.

PERINGATAN

Kami sekeras-kerasnya menolak segala tempahan yang memerlukan pemalsuan dokumen sama ada penyata bank, resit pembayaran mahupun sebarang lesen perniagaan yang dimiliki oleh mana-mana individu. Kesalahan Pemalsuan dokumen adalah kesalahan yang berat dan ia ternyata dalam Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AKTA 168) iaitu Pemalsuan, Penyembunyian dan Pemusnahan Dokumen pada muka surat 88 no.108 :-

Seseorang, dengan niat untuk memperdaya, berkenaan dengan sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, yang membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam miliknya suatu dokumen palsu, yang berupa sebagai dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang telah dibuat dalam apa-apa dokumen, atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Rujukan boleh dilihat pada pdf file ini ya :- http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta_618.pdf

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen