Kelebihan Laman Web Perniagaan | Design & Talk Blog

Keperluan Laman Web Perniagaan
Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung yang melawati ruangan blog RizQi Copy Centre. Pada hari ini, kami akan berkongsi tentang kepentingan dan kelebihan memiliki laman web perniagaan serta membuat beberapa perbandingan tentang perkara berkaitan perniagaan atas talian (online) dan mempunyai kedai sendiri.

Arus teknologi yang berkembang pesat dan meluas telah memberikan impak yang cukup ketara terutama di dalam kita menjalani kehidupan seharian kita. Bermula kita bangun hingga sebelum waktu tidur, teknologi telah mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Ia juga tidak ketinggalan di dalam menjalankan perniagaan sama ada secara kecil-kecilan mahu pun yang telah berkembang luas.

Kita boleh lihat dan renung kembali perbezaan tahun 2000 dan 2018, di mana teknik untuk memperkembangkan perniagaan telah berbeza. Antaranya adalah laman web dan laman media sosial. Ia benar laman web telah lama wujud sejak 1990-an lagi di Malaysia namun ia semakin menjadi buruan hangat dalam kalangan peniaga-peniaga yang ingin meluaskan perniagaan mereka ke tahap global.  MENGAPA? Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan utama seperti :-

  • Mudah untuk pelanggan menghubungi anda
  • Mudah untuk mendapatkan info lanjut tentang produk atau servis anda lakukan
  • Meningkatkan imej dan mutu perniagaan anda
  • Memudahkan pelanggan anda mengetahui perkembangan perniagaan anda.
  • Tampak lebih serius untuk berkembang luas.

Laman media sosial juga penting dalam menjalankan perniagaan anda kerana pelbagai jenis lapisan masyarakat telah menggunakan ruangan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain bagi mendapatkan info atau review tentang suatu produk itu sama ada melalui laman rasmi syarikat pengeluaran produk, perniagaan malah servis yang disediakan. Oleh itu, anda jangan hanya bergantung pada laman media sosial sahaja! Oleh itu, kami bukan sahaja menyediakan servis graphic design malah turut menyediakan servis WordPress Hosting, Web Maintenance dan Web Design. Kami sentiasa mengalu-alukan peniaga-peniaga yang mula berjinak dalam dunia perniagaan untuk menggunakan servis kami kerana hasilnya pasti menguntungkan anda dan berbaloi dengan bayaran servis dikenakan.

Antara servis disediakan adalah

Kami akan terangkan secara terperinci tentang servis yang disediakan di atas dan mengapa pentingnya memiliki laman web perniagaan meskipun perniagaan secara kecil-kecilan. Jika kita melihat pada satu sudut sahaja, pastinya kita tidak akan lihat di mana kepentingan atau keperluan memiliki laman web untuk perniagaan sendiri. Oleh itu, melalui perkongsian info ini kami berharap anda dapat manfaat dan memahami isi kandungan post ini.

Antara kepentingan memiliki laman web sendiri adalah seperti berikut :-
  • Nama Domain adalah nama branding atau syarikat anda (mudah untuk di cari dan dikenali pelanggan).
  • Memudahkan pelanggan untuk menghubungi anda untuk bertanyakan sebarang pertanyaan servis.
  • Potensi untuk perniagaan berkembang luas hingga ke tahap global adalah tinggi.
  • Menyusun strategi yang mantap dan bersesuaian dengan jenis perniagaan, meningkatkan kesedaran pengguna Internet tentang kewujudan perniagaan anda di sekitar kawasan.
  • Memantapkan imej anda sebagai peniaga yang berdaya saing di pasaran yang lebih luas.
1. Kepentingan Domain Name.

Contoh nama Domain yang kami boleh berikan adalah seperti laman web ini sendiri. MYLABUAN. Mylabuan Enterprise mempunyai 3 jenis perniagaan yang berbeza dan 2 antaranya adalah menggunakan branding MyLabuan iaitu MyLabuan Copy Centre (www.mylabuan.net) & MyLabuan Web Design (www.mylabuan.com). Kedua-dua laman web ini adalah kepunyaan hak milik MyLabuan Enterprise. Oleh itu, orang lebih kenali kami melalui perkataan MyLabuan itu sendiri. Itulah pentingnya memiliki BRANDING tersendiri supaya orang lebih mengenali dan mudah untuk mengingati tentang anda.

2. Mudah untuk dihubungi

Pelanggan anda bukan sahaja mudah untuk menhubungi anda malah berasa selesa kerana tidak perlu bersusah-payah mencari maklumat perniagaan anda di merata-rata tempat hanya kerana ingin mengambil tahu tentang servis atau produk terkini perniagaan anda lakukan.

Pelanggan juga berasa lebih mudah untuk menghubungi anda kerana kemudahan seperti melalui aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger dan tidak lupa juga E-mail! E-mail yang mempunyai branding atau nama syarikat adalah lebih mudah untuk diurus dan diingati. Contohnya seperti sales@mylabuan.biz atau sales@mylabuan.net. Sales, info, enquiry, tech dan lain-lain merupakan perkataan yang umum digunakan pada e-mail perniagaan syarikat untuk pembahagian e-mail lebih sistematik dan kemas.

3. Perlaburan yang Berbaloi

Pembinaan laman web daripada kosong memakan masa lebih kurang sebulan (bergantung pada jenis design). Namun, perlaburan dilakukan adalah berdasarkan pakej telah disediakan. Oleh itu, ketahui dan fahami jenis perniagaan anda dahulu sebelum memilih pakej kerana kami tidak mahu anda berasa rugi apabila melabur duit ketika membina laman web sendiri! 

4. Strategi Mantap, kunci E-Niaga

Bukan mudah untuk bersaing dengan pelbagai jenis peniaga di luar sana terutama peniaga-peniaga yang juga menyediakan servis sepertimana anda telah sediakan. Oleh itu, anda harus susun strategi yang mantap dan lakukan secara berhati-hati. Memahami kelemahan anda adalah antara kunci e-Niaga yang perlu anda ambil berat.

Oleh itu, pemilihan kata kunci dan web snippets yang tersusun rapi adalah antara kunci kejayaan e-Niaga yang telah diamalkan oleh peniaga-peniaga online di luar sana. Ada yang sanggup melabur 2-3 ribu ringgit hanya untuk mengekalkan laman web mereka kekal berada di muka surat pertama Google dan semua jenis browser. Jika anda menggunakan servis kami, kami pastinya tidak menghampakan anda dan peluang anda lebih cerah untuk berkembang luas dalam perniagaan.

Memiliki laman web sendiri bukan sahaja membantu anda dalam meningkatkan kemajuan perniagaan anda, malah anda mendapat manfaat yang begitu banyak sekali jika anda tahu caranya dan teknik yang betul untuk “memancing” pelanggan anda.

Seperti yang telah kami nyatakan pada bahagian pengenalan post ini, terdapat PROS & CONS berniaga melalui laman sosial dan laman web sendiri atau kedua-duanya sekali.

Meskipun terdapat perbezaan antara dua jenis kemudahan ini, anda digalakkan untuk menggunakan kedua-duanya sekali bagi meningkatkan pertumbuhan perniagaan anda ke tahap yang lebih stabil dan kukuh untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah beberapa info yang telah kami kongsikan pada anda namun kami akan sentiasa menambah info-info yang lebih tepat dan menarik tentang post ini. 

Don't Forget to Share!
Penulis Blog
Mohd Faaiz

Hi! Selamat datang ke ruangan Design & Talk blog. Ruagan blog ini bertujuan untuk memberikan pendedahan pada anda tentang kepentingan dan elemen-elemen penting yang perlu di dalam perniagaan.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email:- mylabuancc@gmail.com atau sales@mylabuan.biz . Sebarang pertanyaan berkenaan servis boleh dilakukan.

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0172179199 untuk mendapatkan info lanjut.

Jika anda ingin melihat atau menghubungi kami melalui facebook, tekan sahaja icon "Facebook" ini. Like & Follow Us!

Ruangan Komen