fbpx

Blog | Kepentingan Laminate dalam Penyediaan Dokumen

Kepentingan Laminate dalam Penyediaan Dokumen | Servis Laminate Petagas
Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para followers RizQi Copy Centre! Hari ini saya akan membincangkan tentang kepentingan laminate dalam penyediaan dokumen terutama pada anda yang sedang melakukan persediaan untuk presentation atau persembahan projek. Proses penyediaan telah memakan masa yang agak panjang dan pastinya anda tidak mahu dokumen anda rosak atau dicemari kualitinya apabila anda sedang melakukan project presentation. Saya akan nyatakan beberapa kepentingan dan menyatakan alasan yang kukuh mengapa anda harus melakukannya.

1. Mengelakkan ia daripada terkoyak

Seperti yang anda tahu, kertas adalah sangat lembut dan mudah koyak apabila terkena benda tajam atau terpijak. Malahan itu, anda pasti tidak dapat menjangka apabila segelas air tiba-tiba tumpah ke atas dokumen   amat penting sekali untuk anda gunakan pada keesokan harinya! Oleh itu, laminate boleh mengurangkan tekanan pada anda secara tidak langsung. Tumpah air pun di atas dokumen yang telah dilaminasikan pasti boleh dilap semula tanpa menjejaskan dokument tersebut.

2. Mengekalkan kondisi yang tip-top!

Proses laminasi pada dokumen juga mampu mengekalkan kondisi dokumen itu pada tahap yang terbaik meskipun telah bertahun lama disimpan. Pastinya anda pernah lihat dokumen-dokumen lama menjadi warna kekuningan dan tulisan menjadi pudar kerana terdedah pada persekitaran yang tidak menentu manakala dokumen yang telah di-laminate-kan tidak akan berlaku isu seperti ini.

3. Mengelakkan ia daripada dironyok

Selain itu, laminate juga mampu melindungi dokumen anda daripada dironyok oleh tangan-tangan tidak bertanggungjawab. Melalui kaedah ini, anda bukan sahaja mengelakkan ia daripada dironyok malah melindungi permukaan dokumen daripada tercemar daripada kotoran yang ada pada tangan orang lain.

4. Kalis Pudar, Basah dan Kotoran!

Sepertimana yang saya telah nyatakan beberapa sebab di atas, saya juga terapkan beberapa point menyatakan bahawa ia mampu mengelakkan daripada dibasahi atau terkena kotoran di tangan. Ternyata proses laminasi mampu menjadi “life vest” kepada kertas kerana tujuannya ia mampu melindungi kertas daripada basah, pudar dan kotoran luar! Jika anda mempunyai dokumen seperti surat beranak atau anda lakukan kad keahlian yang bukan menggunakan PVC haruslah menggunakan laminate bagi melindungi dokument atau kad keahlian tersebut.

5. Meningkatkan dan Mengekalkan Kualiti Dokumen

Terakhir sekali, laminate bukan sahaja bertindak sebagai benteng malah ia mampu bertindak sebagai agen yang mampu meningkatkan lagi kualiti dokumen tersebut! Proses laminasi menjadikan warna lebih terang dan akan menjadikan dokumen anda lebih menarik perhatian.

Kesimpulannya...

Jika anda berkemampuan untuk memiliki sebuah mesin laminasi, saya amat syorkan anda untuk laminate dokumen-dokumen penting anda. Laminate muncul dalam pelbagai saiz dan anda hanya perlu cari saiz yang bersesuaian dengan dokumen anda di kedai alat tulis terdekat anda.

Jika anda tidak mempunyai mesin laminate, anda boleh kunjungi kedai kami di Taman Friendship PH3, Petagas untuk laminate dokumen anda. Warga Petagas, Putatan dan Kota Kinabalu jangan terlepas peluang untuk menggunakan servis laminate yang saya sediakan. Harga ditawarkan amatlah berpatutan pada bajet anda!. Hubungi saya di 0109525193 untuk info lanjut . Anda boleh lihat info lanjut SERVIS LAMINATE dengan menekan butang di bawah ini.

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen