fbpx

Design & Talk Blog | Kelebihan Memiliki Kad Perniagaan

Kelebihan kad bisnes dalam perniagaan
Pengenalan

Kad bisnes merupakan medium yang menemukan antara anda dan pelanggan / kenalan untuk mengenali tentang perniagaan dan diri anda. Oleh itu, kad bisnes atau kad perniagaan amat penting sekali pada sesiapa sahaja samada syarikat persendirian, perniagaan kecil-kecilan mahupun penjawat awam.

Antara beberapa kelebihan memiliki kad bisnes / kad perniagaan adalah anda dapat memberikan “first impression” tentang servis yang anda sediakan dalam perniagaan anda. Melalui kad bisnes yang anda berikan pada pelanggan / kenalan anda, mudah untuk mereka memahami tentang perniagaan yang anda lakukan dan ia juga memudahkan mereka untuk bertanyakan tentang perniagaan anda lebih lanjut. Secara tidak langsung, pelanggan / kenalan anda lebih mudah untuk menghubungi anda.

Selain itu, kad bisnes menunjukkan anda lebih professional dan serius untuk berkembang lebih maju ke hadapan. Hal ini demikian kerana kad bisnes memberikan impak yang berbeza dari segi visual dan imej pandangan pada orang yang menerimanya. Kad bisnes yang anda haruslah lakukan adalah simple, neat and clean! Seterusnya, kad bisnes juga menjadi ruang untuk memudahkan pelanggan anda menghubungi melalui WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter melalui QR Code yang tertera pada kad bisnes anda.

Berminat untuk mempunyai logo perniagaan anda tersendiri? Klik butang di bawah untuk info lanjut.

Akhir sekali, kad bisnes yang berkualiti adalah menggunakan kertas yang tebal dan ketebalannya adalah tidak terlalu tebal namun tidak terlalu nipis. Apabila ia terlalu nipis, mudah sekali ia dironyok dan hancur apabila terkena air manakala jika ia terlalu tebal, pelanggan / kenalan anda mungkin tidak dapat menyimpannya di dalam dompet mereka. Oleh itu,  pemilihan jenis kertas dan design memberikan impak berbeza pada yang menerimanya.

Kad bisnes bukan sahaja medium memperkenalkan siapa diri anda tetapi jenis perniagaan anda! Branding logo design juga memberikan impak yang berbeza pada penerima. Saya dengan rasa rendah diri untuk menawarkan servis design kad bisnes / kad perniagaan pada harga yang berpatutan! Jangan khuatir, kualiti pasti yang terbaik! 

Berminat untuk mempunyai kad perniagaan anda tersendiri? Klik butang di bawah untuk info lanjut.

Don't Forget to Share
Ruangan Komen