Kelebihan Flyers Marketing dalam Perniagaan

Flyers Example

Kelebihan Flyers

Dalam era globalisasi ini, kemudahan teknologi semakin berkembang luas digunakan sama ada dalam perniagaan atau pemasaran. Walau bagaimanapun, flyers marketing masih digunakan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan dalam apa sahaja sektor. Hal ini demikian kerana flyers adalah salah satu cara pengiklanan yang anda boleh mengenali bakal pelanggan anda lebih dekat. Dengan cara ini, bakal pelanggan anda lebih memahami tentang perniagaan yang anda lakukan.

Perkongsian kami hari ini adalah tentang kelebihan flyers di dalam proses pengiklanan dan mengapa ia masih diteruskan walaupun sudah berada di era teknologi di mana media sosial menjadi medium untuk memasarkan barangan dengan efektif.

Antara sebab-sebab mengapa flyers masih digunakan ialah :-

  • Kos Efektif
  • Mudah untuk Design
  • Mudah & padat
  • Warna
  • Tagline / Headline 

Kos Efektif

Secara umumnya, percetakan flyers pada hari ini amat murah sekali dan mudah didapati di mana-mana kedai printing atau copy centre yang menawarkan servis ini. Malah, harga yang ditawarkan untuk sehelai flyer adalah serendah 5 sen! Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan adalah bergantung pada jumlah minimum tempahan yang anda lakukan. Jika anda hanya menempah sebanyak 50 - 100 flyers, kebiasaanya harga sehelai flyer adalah lebih kurang 50 sen. Namun begitu, tawaran harga seperti ini adalah normal dan ia bergantung pada kedai percetakan tersebut. 

Mudah untuk Design

Seterusnya, flyers juga mudah untuk ada design mengikut citarasa dan kreativiti anda. Terdapat pelbagai jenis perisian atau aplikasi yang disediakan untuk anda gunakan seperti:-

  • Photoscape (mudah untuk digunakan)
  • Adobe Photoshop (Pelbagai fungsi boleh digunakan, fleksibel dan mudah)
  • Adobe Illustrator
  • Microsoft Office (Word)
  • Corel Photo Paint / Corel Draw

dan banyak lagi... Anda boleh gunakan mana-mana aplikasi yang telah disediakan untuk mencipta reka bentuk grafik flyers mengikut kreativiti anda. Anda boleh mula dahulu membuat lakaran graphic flyers anda di atas kertas dan fikirkan apakah gambar, jenis font digunakan dan mesej hendak disampaikan yang boleh menunjukkan tentang perniagaan anda.

Pemilihan Font / Tulisan amat penting sekali dalam proses designing flyers. Pastikan bahagian Headline (Saiz Font Besar, 30-40 pt) manakala penerangan boleh gunakan saiz font 12 - 16 pt mengikut kesesuaian saiz flyers anda inginkan. Jangan terlalu halus dan jangan terlalu besar. Pastikan 'style' font anda tidak terlalu payah untuk dibaca hinggakan 2 -3 kali membaca baru faham mesej hendak disampaikan. Font yang biasa digunakan adalah Helvetica, Times New Roman, Arial dan lain-lain. Keep it simple!

Visual pada flyers adalah amat penting sekali pada penerima kerana bilangan peratusan orang akan membaca flyers anda adalah kurang daripada 15% apabila penuh dengan perkataan! Manakala, flyers yang menumpukan terlalu pada visual juga tidak mendapat sambutan ramai. Oleh itu, seimbangkan design anda dan cuba dapatkan pendapat daripada rakan-rakan atau Mr.Google!

Warna

Pemilihan Warna yang sesuai juga memainkan peranan yang penting ketika melakukan apa sahaja jenis design sama ada flyers, bunting, kad perniagaan, logo dan lain-lain. Pemilihan warna yang bersesuaian juga mempengaruhi penerima flyers anda untuk melihat mesej yang ingin anda sampaikan. Jika anda hanya fokus pada satu warna sahaja, bilangan peratusan untuk dibaca adalah kurang daripada 10%.

Namun begitu, penggunaan warna berlebihan juga menyebabkan orang susah untuk membacanya. Pastikan warna tulisan dan background color design anda tidak sama. Pastikan ada perbezaan boleh dilihat dengan mata kasar. Jika tumpuan anda adalah masyarakat daripada pelbagai lapisan umur, pastikan ia mudah dilihat dan dibaca dengan jelas.

Example Flyers

Mudah & Padat

Apabila anda ingin menyampaikan suatu mesej di dalam flyers, pastikan ia mudah difahami dan padat pengisiannya. Maksudnya di sini, mesej yang ingin disampaikan itu adalah kurang daripada 2 ayat. Bina ayat untuk sampaikan mesej itu kurang daripada 2 ayat / 20 perkataan. Anda pasti sedar, jika terlalu panjang penerangan suatu produk pasti orang tidak akan membacanya kecuali orang itu memang berminat untuk mengetahuinya. Anda boleh lihat bagaimana syarikat-syarikat besar mempromosi produk mereka menggunakan flyers. Namun begitu, ia bergantung pada jenis perniagaan anda lakukan.

Headline & Tagline

Apakah dimaksudkan Headline? Headline adalah Tajuk Utama. Tajuk utama amat penting sekali apabila anda ingin iklankan produk perniagaan anda. Mengapa pentingnya ada tajuk utama? Tajuk utama atau Headline ini berfungsi untuk menarik perhatian pembaca flyers anda. Tanggapan orang pertama sekali apabila nampak tajuk utama yang hebat adalah mereka akan berasa kagum dan ingin mengetahui kekagumannya itu. Mereka ingin mengetahui apakah kekaguman disebalik tajuk utama itu.

Bukan itu sahaja, tagline juga penting dalam perniagaan. Tagline perniagaan anda akan mempersonakan wajah pengiklanan anda. Tagline yang menarik dan mudah diingati akan menjadi sebutan orang ramai. Secara tidak langsung, perniagaan anda akan menjadi bualan orang ramai. Tagline boleh diletakkan pada ruangan atas ataupun bawah. Jika anda rasa tajuk utama sudah mencukupi untuk menarik perhatian, anda boleh letakkan tagline itu hujung flyers anda sebagai penutup. Pasti hebat bukan?  


Konklusinya, cara pengiklanan seperti ini mengambil masa untuk promosikan perniagaan anda tetapi anda harus lakukan pelbagai cara alternatif untuk meningkatkan lagi populariti perniagaan anda di khalayak umum.


Anda buntu mencari tempat untuk menempah flyers? Tiada masa untuk mencari idea untuk design? Jangan risau! Kami ada lakukan servis design + printing flyers pada harga murah dan berpatutan! Hubungi kami di 0172179199 bagi mendapatkan info lanjut! atau anda boleh rujuk post ini "Design Flyers Murah".

Spread the love

Leave a Reply