Kelebihan Bunting dalam Proses Pengiklanan

Bunting-Mockup_01

Pendahuluan Tentang Iklan

Pada zaman globalisasi ini, terdapat pelbagai cara untuk kita melebarkan jaring perniagaan kita ke seluruh tempat. Antaranya adalah menggunakan kemudahan teknologi seperti internet, televisyen, paparan LCD board dan lain-lain. Sebelum anda memulakan pengiklanan tentang perniagaan, anda harus tahu sasaran pelanggan yang berpotensi untuk membeli dan menggunakan produk perniagaan anda. 

Walau bagaimanapun, kemudahan teknologi yang disediakan agak membebankan kos untuk anda menampungnya. Oleh itu, bunting perniagaan merupakan salah satu cara untuk anda mengiklankan dan memperkenalkan perniagaan anda kepada orang sekeliling. Walaupun ia bukanlah cara yang moden, namun ia masih memberi impak yang besar dalam bidang perniagaan.

Antara kelebihannya ialah

Kos Pembikinan Murah

Antara faktor mengapa bunting masih digunakan adalah kerana kos pembikinannya murah. Anda boleh lakukan design bunting perniagaan melalui pelbagai perisian komputer (computer software). Contohnya, Photoscape (percuma untuk dimuat turun), Power Point (Microsoft Office),  Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan lain-lain. Segala perisian komputer ini boleh digunakan untuk membuat reka bentuk dan mengubah mengikut kesesuaian perniagaan serta kreativi anda untuk mempamerkan bunting itu kepada khalayak ramai.

Sasaran pelanggan

Walaupun ia murah dan mudah untuk dilakukan, namun anda harus mempertimbangkan di mana anda harus letak bunting dan banner perniagaan anda. Sama ada anda ingin mempromosikan perniagaan anda atau acara majlis atau apa sahaja, anda harus pastikan ia adalah tempat yang senang untuk anda approach pelangan anda. Pastikan anda memohon kebenaran pada majlis bandaraya berdekatan atau pihak berkuasa sebelum menggantungkan bunting perniagaan anda di tiang-tiang lampu atau di pagar-pagar bangunan. Ia menjadi satu kesalahan jika anda menggantungkan bunting tanpa permit.

Tahan lama

Bunting adalah kekal lama walaupun ia terdedah pada cahaya matahari dan hujan. Sama ada yang anda gantungkan di tiang-tiang lampu, di luar kedai anda dan di tempat yang sentiasa terdedah pada haba. Warna akan luntur namun ia bukan dalam jangka masa yang pendek. Apatah lagi jika anda yang gemar membuka car booth sale, gerai-gerai di tamu dan apa sahaja event yang boleh mempromosikan perniagaan anda. Ia tahan lasak dan dan murah. Jimatkan?

Visual dan Rekabentuk

Akhir sekali, design pada bunting perniagaan anda juga memainkan peranan untuk menarik perhatian potensi pelanggan untuk mengetahui tentang perniagaan anda. Design yang menarik perhatian orang ramai adalah mesej yang ingin disampaikan adalah mudah difahami dan padat pengisiannya. Design bunting anda juga tidak seharusnya terlalu padat dengan gambar namun tidak boleh terlalu banyak perkataan digunakan kerana potensi untuk orang berhenti dan membacanya adalah kurang daripada 10%. Oleh itu, pastikan anda mempunyai elemen - elemen yang sesuai untuk design bunting anda.

 Sedikit sebanyak perkongsian tentang bunting perniagaan atau apa sahaja kegunaan yang anda ingin lakukan telah diterangkan. Kami daripada MyLabuan Copy Centre mengharap perkongsian ini memberi manfaat tentang keperluan bunting dalam perniagaan anda. Jika anda sedang mencari tempat untuk menempah design dan pencetakkan banner, anda boleh hubungi kami. Kami menawarkan pelbagai jenis design yang unik dan sesuai untuk anda.

Anda boleh check post kami berkaitan bunting perniagaan di sini "Bunting Perniagaan".

Anda berminat untuk menggunakan servis kami? Hubungi kami!

Spread the love

Leave a Reply