fbpx

Design & Talk Blog | Elemen-Elemen Penting dalam Resume

Elemen-Elemen Penting dalam Resume | MyLabuan Copy Centre
Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung yang melawati ruangan blog RizQi Copy Centre. Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang elemen-elemen yang penting dan wajib disertakan ketika membina atau menulis resume. Ini merupakan perkongsian melalui pengalaman yang telah dilalui dan saya harap melalui perkongsian ini dapat memberi anda sedikit-sebanyak info yang berguna untuk anda.

Sebelum saya menerangkan dan menghuraikan elemen-elemen yang diperlukan, saya ingin terangkan secara ringkas tentang apakah dimaksudkan Resume dan mengapa ia memainkan peranan yang penting menjadi medium antara anda dan penemuduga (Interviewer) syarikat anda ingini. Resume secara ringkas adalah medium untuk anda memperkenalkan diri anda secara ringkas tentang diri anda pada penemuduga. Resume mengandungi beberapa elemen seperti berikut :-

Walau bagaimanapun, elemen-elemen yang di atas ada kalanya tidak diperlukan kerana penemuduga hanya melihat pada bahagian pengalaman bekerja, tahap akademik, kemahiran teknikal dan tahap penguasaan bahasa. Sudah pasti anda berasa hairan mengapa hanya 4 elemen itu sahaja yang penting, bukan? Kerana penemuduga ingin menapis resume-resume yang telah dihantar oleh ratusan malahan ribuan graduan di seluruh tempat dan menumpukan pada yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut.

Oleh itu, anda harus memastikan 4 elemen pertama dinyatakan itu di susun kemas dan bersih serta mudah untuk dibaca oleh penemuduga . Andai kata resume anda terlalu sesak atau terlalu kosong atau terlalu kelihatan lemah, penemuduga akan mengabaikan resume anda serta-merta! Tanpa melengahkan waktu, saya akan terangkan lebih mendalam tentang setiap elemen di atas agar anda lebih faham tentang mengapa ia perlu ada dalam resume anda.

Personal Summary atau Ringkasan Peribadi Diri adalah ruangan untuk anda menerangkan diri anda secara ringkas tentang sifat peribadi anda dan menerapkan sedikit tentang mengapa anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan tersebut secara umum. Tidak perlu spesifik namun pastikan ia ringkas dalam 2 hingga 3 ayat sahaja.

Pastikan ia struktur ayat, tatabahasa, ejaan dan kesalahan umum tidak berlaku dalam ruangan ini. Hal ini kerana ia adalah ruang pengenalan diri dan andai kata anda telah melakukan kesilapan pada ruangan ini, peratus resume anda untuk diabaikan adalah amat tinggi sekali. Oleh itu, saya galakkan pada anda untuk membaca semula resume anda sehingga anda berpuas hati tidak ada lagi kesalahan yang ketara mahupun kesalahan kecil.

Ruangan Personal Summary kebiasaanya diletakan pada muka surat pertama Resume anda dan ia tidak melebihi 30-40 perkataan. Pastikan struktur ayat anda adalah kelihatan kemas dan teratur serta tampak profesional. Ia amat memainkan peranan penting ketika memohon jawatan di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat korporat.

2. Employment History / Pengalaman Bekerja

Ruang Employment History / Pengalaman Bekerja merupakan ruang utama untuk anda tackle penemuduga anda! Mengapa? Ruangan ini wujud untuk anda menerangkan skop kerja anda lakukan pada syarikat sebelumnya dalam ayat yang ringkas namun padat dengan informasi. 

Secara ringkasnya, anda wajib melihat kriteria-kriteria yang dinyatakan dalam ruang penerangan jawatan kosong tersebut. Kemudian, anda harus membina struktur ayat yang mempunyai maksud yang lebih kurang sama seperti kriteria dinyatakan pada penerangan skop kerja lampau anda. Saya galakkan untuk nyatakan sebanyak 4-5 bullet untuk setiap jenis pengalaman bekerja anda. Pastikan ia dalam bentuk list yang ringkas dan padat informasi. Jangan biarkan ia kelihatan kosong kerana penemuduga pasti akan mengendahkan resume anda jika kelihatan lemah.

Saya tegaskan pada anda untuk jujur dalam penulisan resume ini kerana andai kata anda didapati menipu pada pengisian resume tersebut, pihak syarikat tersebut mempunyai kuasa untuk menggugurkan anda daripada jawatan tersebut dan sudah pasti anda tidak mahu ia berlaku pada anda,bukan? Bersikap jujur adalah cara yang efektif untuk mendapatkan kepercayaan daripada penemuduga.

3. Academic Qualification / Tahap Kelayakan Akademik

Sebelum saya terus menerangkan tentang elemen-elemen penting ini, saya ingin ingatkan bahawa 4 elemen utama dinyatakan adalah selari dan mengikut urutan seperti dinyatakan bagi memudahkan penemuduga anda untuk memahami pengisian resume anda.

Seterusnya, ruang tahap kelayakan akademik atau Academic Qualification ini adalah ruang yang amat ringkas sekali untuk anda menerangkan tentang sejarah akademik anda. Contohnya, jika pencapaian anda hanya SPM sahaja adalah digalakkan untuk menyatakan nama institusi / sekolah, jenis bidang, tempoh pengajian dan gred. Pastikan urutan kelayakan akademik anda adalah menaik dalam mengikut tempoh pengajian di sesebuah institusi.

Urutan Betul :

  1. Ijazah / Diploma (Kelayakan Tertinggi, jika Master atau PhD, sila utamakan ia)
  2. STPM / Matrikulasi / Sijil Kemahiran / Asasi (Jika ada)
  3. SPM / SPMV / Sijil Kemahiran Berkaitan
  4. PMR dan UPSR tidak perlu dinyatakan namun begitu saya faham pasti anda di antara anda yang tidak sempat menamatkan pengajian di sekolah menengah. Tidak digalakkan sama sekali. Namun begitu, anda digalakkan untuk membawa bukti seperti sijil antara salah satu menunjukkan anda pernah melalui peperiksaan untuk kelayakan akademik tersebut.

Ruangan ini anda tidak perlu menghuraikan secara teliti kerana ia hanyalah ruang untuk melihat kelayakan akademik anda menepati kriteria untuk jawatan kosong tersebut serta bidang yang diceburi ketika menuntut di sesebuah institusi tersebut.

4. Technical Skills / Kemahiran Teknikal

Ruangan kemahiran teknikal ini boleh dinyatakan dalam bentuk bullet list sahaja. Ruangan ini wujud untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran teknikal yang ada pada diri anda. Contohnya, jika anda memohon jawatan sebagai seorang Juruteknik Elektrik, anda boleh nyatakan ‚ÄėMahir dalam Pemasangan Panel 3 Fasa‚Äô sebagai salah satu kemahiran utama.

Anda digalakkan untuk menyatakan sebanyak 4-5 kemahiran teknikal yang ada pada diri anda dan pastikan ia adalah kemahiran yang profesional dan boleh dibuktikan jika diperlukan. Saya tidak mengalakkan anda menulis kemahiran yang anda kurang yakin kerana ia mampu menjejaskan prestasi anda dan syarikat anda. Oleh itu, saya ingatkan semula untuk menyatakan kemahiran yang anda cukup mahir dan yakin dalam melakukannya.

5. Personal Details / Maklumat Peribadi Diri

Sebaik sahaja anda telah menyusun kemas pada 4 elemen di atas, seterusnya adalah tentang maklumat peribadi diri anda. Maklumat peribadi ini adalah seperti berikut :-

  • E-mail Address
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Nombor Telefon Rumah
  • Alamat Rumah Tetap
  • Laman Web (Portfolio)

Saya juga tidak mengalakkan anda untuk meletakan laman media sosial anda di resume kecuali ia mempunyai hasil-hasil karya yang memaparkan hasil tangan anda sendiri sahaja. Pada arus permodenan ini, pelbagai sumber maklumat adalah dihujung jari namun tidak ramai yang menggunakan kemudahan tersebut untuk menyerlahkan bakat mereka pada tahap yang optimum. Oleh itu, jika anda memohon sebagai jawatan sebagai Junior Graphic Designer, anda sekurang-kurangnya memiliki portfolio secara online (mempunyai laman web tersendiri atau fan page) atau memiliki hard copy hasil karya anda untuk membukti anda mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh syarikat tersebut.

6. Language Skills Level / Tahap Penguasaan Bahasa

Pada masa kini, graduan yang memiliki 3 jenis bahasa yang fasih dalam pertuturan dan boleh menulis dengan lancar dalam 3 bahasa tersebut mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan jawatan kosong yang disediakan oleh beberapa syarikat swasta di luar sana. Contohnya, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin atau Cantonese.

Namun begitu, saya faham terdapat ramai graduan yang di luar sana sekarang berlumba-lumba mempelajari bahasa asing untuk menambah ilmu pengetahuan di samping mempelajari budaya negara asing tersebut. Oleh itu, saya amat mengalakkan anda untuk mempelajari bahasa asing mengikut citarasa dan bidang yang diceburi bagi memudahkan anda untuk melanjutkan pekerjaan ke luar negara atau melanjutkan pelajaran ke negara tersebut suatu hari nanti.

Sebelum terlambat, ruangan tahap penguasaan bahasa ini anda tidak perlu huraikan seperti karangan tetapi ringkaskan ia dalam bentuk jadual dan nyatakan tahap penguasaan bahasa tersebut sama ada anda lemah atau fasih dalam menulis, membaca serta bertutur. Ia memudahkan penemuduga untuk melihat tahap penguasaan bahasa anda dengan mudah dan diingatkan untuk tidak berbohong sama sekali dalam menyatakan tahap penguasaan bahasa tersebut kerana penemuduga anda akan memberi ujian secara spontan tentang bahasa asing anda nyatakan tanpa diduga!!!

7. Software Skills / Tahap Pengusaaan Perisian

Seterusnya, ruangan tahap penguasaan perisian atau Software Skills adalah salah satu elemen yang sering dipertikai oleh kebanyakan graduan atau jobseeker di luar sana kerana kurang peka akan kepentingan suatu penggunaan perisian tersebut dalam jawatan kosong yang dimohon.

Contohnya, jika anda memohon jawatan sebagai seorang kerani pejabat mestilah sekurang-kurangnya boleh menggunakan Microsoft Words, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excels pada tahap separa mahir (Intermediate) atau mahir (Expert). Jika anda mempunyai pengalaman dalam menggunakan perisian yang berkaitan untuk kegunaan pejabat juga digalakkan untuk dinyatakan dalam resume anda namun pastikan ia adalah kemahiran yang sudah mencapai tahap SEPARA MAHIR. Ia bertujuan memudahkan penemuduga anda untuk menilai tahap kemahiran anda adalah bersesuaian pada jawatan yang dimohon.

Oleh itu, lakukan sebuah jadual yang biasa sahaja dan nyatakan nama jenis perisian (software) serta nyatakan tahap kemahiran bagi setiap jenis perisian yang dinyatakan sama ada kurang mahir, separa mahir atau mahir.

8. Key Skills / Sifat Peribadi Diri

Ruang Key Skills ini adalah tidak wajib (optional) disertakan dalam resume anda. Key skills atau Sifat Peribadi Diri ini adalah ruang untuk menyatakan sifat-sifat peribadi yang ada pada diri anda. Contohnya, anda seorang yang tegas dan teliti dalam melakukan suatu tugas. Anda boleh nyatakan anda mempunyai sifat tersebut dalam ayat ringkas dan mudah difahami.

Antara sifat-sifat utama yang menjadi perhatian pada penemuduga adalah seperti berikut :-

  • Boleh bekerja secara berkumpulan dan sendirian.
  • Fokusdan boleh bekerja dalam apa jua jenis tekanan.
  • Bekerja keras¬†dalam melakukan tugas-tugas diberikan oleh penyelia.
  • Mempunyai semangat daya saingyang tinggi dan bersikap positif.

dan banyak lagi. Anda boleh lihat mencari list personal traits yang boleh digunakan dalam resume. Pastikan ia adalah menepati kriteria jawatan dimohon dan diri anda.

9. Referees / Rujukan

Ruangan rujukan ini bertujuan pihak penemuduga anda untuk menghubungi wakil syarikat yang anda pernah bekerja untuk bertanyakan beberapa perkara seperti

  1. Prestasi anda sebagai pekerja.
  2. Sifat-sifat atau Personaliti anda.
  3. Kelakukan anda ketika di tempat kerja.
  4. dan lain-lain…

Oleh itu, anda haruslah menjaga imej anda walau di mana pun anda bekerja dan pastikan prestasi anda sentiasa pada tahap yang baik agar wakil syarikat anda berasa senang untuk menyatakan tentang diri anda pada wakil syarikat yang anda memohon.

Kesimpulannya

Saya harap melalui perkongsian info tentang elemen-elemen penting dalam resume ini sedikit sebanyak memberikan anda ‘guideline’ bagaimana untuk membina resume yang menepati citarasa syarikat-syarikat di luar sana. Pastikan bahasa yang digunakan dalam penulisan resume anda adalah formal dan mudah difahami. Jangan mencampuradukan bahasa bukan formal dan formal di dalam resume serta bercampur aduk bahasa. Jika anda ingin menggunakan Bahasa Melayu, pastikan pengisian adalah Bahasa Melayu sahaja.

Jika anda tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk membina resume anda, rujuk servis penulisan resume yang disediakan oleh MyLabuan Copy Centre. Servis ini bertujuan untuk memudahkan anda dan memberikan pendedahan tentang kronologi resume yang tepat. Semoga Maju Jaya!

Penulis Blog
Mohd Faaiz

Hi! Selamat datang ke ruangan Design & Talk blog. Ruangan blog ini bertujuan untuk memberikan pendedahan pada anda tentang kepentingan dan elemen-elemen penting yang perlu di dalam perniagaan.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email:- mylabuancc@gmail.com atau sales@mylabuan.biz . Sebarang pertanyaan berkenaan servis boleh dilakukan.

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0198813858 untuk mendapatkan info lanjut.

Jika anda ingin melihat atau menghubungi kami melalui facebook, tekan sahaja icon "Facebook" ini. Like & Follow Us!

Ruangan Komen