Dropship Agent Malaysia

MyLabuan Enterprise kini memerlukan dropship agent untuk tujuan meningkatkan penjualan produk di samping membantu anak-anak muda yang ingin berkecimpung dan belajar menimba ilmu serta pengalaman berniaga. Tidak perlu modal dan caranya amat mudah sekali. Hubungi 0172179199 bagi mendapatkan info lanjut!

Pengenalan

Sebelum kami menerangkan tentang bagaimana dropship servis dilakukan, sukacita ingin kami maklumkan tentang perniagaan yang kami lakukan terlebih dahulu. Pertama sekali, MyLabuan Enterprise adalah nama syarikat perniagaan rasmi dan kami melakukan 4 jenis perniagaan yang berbeza iaitu

Perniagaan ini didaftar dibawah bidang kuasa Majlis Daerah Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. No. pendaftaran perniagaan adalah PTT/2016/938. Seterusnya, kami telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan sejak tahun 1995 dan mempunyai pengalaman yang luas tentang selok-belok perniagaan dalam apa jua jenis perniagaan produk sama ada jualan runcit atau multi-level marketing. 

Buat pertama kali, kami membuka peluang kepada anak-anak muda diluar sana yang tidak mempunyai peluang kerajaan buat sementara waktu untuk mencari wang pendapatan dengan melakukan servis dropship ini. Anda tidak perlu memerlukan modal! Anda hanya perlu usaha keras dan strategi yang sesuai untuk memperkenalkan serta menjual produk tersebut pada orang lain di luar sana. Mudah, bukan?

Pengenalan Dropshipping Service

Dropshipping adalah kaedah pengurusan rantai bekalan di mana anda tidak perlu menyimpan stok barangan tetapi sebaliknya anda akan memberikan maklumat asas pelanggan seperti nama, no.telefon pelanggan dan alamat bagi pengurusan penghantaran barangan selepas pelanggan tersebut bersetuju untuk membeli barangan tersebut.

Tugas anda hanyalah mencari pelanggan yang berpotensi untuk membeli barangan tersebut dan segala urusan penghantaran akan diuruskan oleh kami.

Anda boleh lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi membeli barangan jualan anda seperti mengiklankan pada laman-laman media sosial, sebarkan pada rakan-rakan dan famili serta menyertai kumpulan-kumpulan ahli usahawan yang kecil. Bukan sahaja anda mencari peluang pendapatan wang tetapi ia sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan tentang dunia perniagaan.

Kami akan membimbing dan memberi info berkenaan produk jualan kami lakukan agar anda tahu sedikit sebanyak tentang produk jualan tersebut. Tanpa pengetahuan yang asas, pastinya sukar untuk anda menyampaikan fungsi dan kebaikan produk jualan tersebut.

Proses Pembayaran

Proses pembayaran adalah amat mudah sekali di dalam menjalankan dropshipping service ini. Pihak MyLabuan Enterprise sebagai peruncit telah menetapkan harga agen dropshipping mengikut barangan jualan dibenarkan.

Anda hanya perlu membayar harga barangan jualan pada harga agen yang telah ditetapkan manakala anda menjual harga barangan kepada pelanggan adalah mengikut standard harga pasaran kini.

Contoh pengiraan
  • Harga agent produk A adalah RM 30.00. Manakala, harga pasaran produk A adalah RM 35.00.
  • Anda akan menjual produk A kepada pelanggan anda mengikut harga pasaran iaitu RM 35.00.
  • Anda hanya perlu membayar kami RM 30.00 sahaja mankala baki RM 5.00 adalah komisen anda sebagai agent dropshipping MyLabuan Enterprise.
  • Secara asasnya, servis ini adalah cara yang sesuai untuk anda mencari pengalaman berniaga dan menambah ilmu dalam masa yang sama.
Sifat-Sifat Penting sebagai Agen Servis
Berdaya Saing

Sifat berdaya saing amat penting sekali di dalam bidang perniagaan. Sebagai agen, sifat seperti ini akan memberi semangat kepada anda untuk berusaha lebih gigih dan berfikir di luar kotak untuk mencari pendapatan dengan cekap serta efektif.

Berfikir di Luar Kotak

Sebagai agen servis, anda digalakkan untuk berfikir di luar kotak kerana ini adalah peluang anda untuk menyerlahkan kemahiran anda pelajari dan aplikasikan ia dalam dunia perniagaan anda. Tidak perlu rasa takut kerana kegagalan adalah tangga kejayaan.

Strategi dan Usaha Gigih

Usaha gigih tanpa strategi yang sesuai adalah seperti berjalan tanpa hala tuju yang sebenar. Oleh itu, anda boleh lakukan kajian terhadap produk jualan tersebut dan lihat lapisan masyarakat apakah yang bersesuaian. Kemudian, barulah anda susun strategi anda untuk mempromosikan dan menjualnya. Pengetahuan tentang produk sahaja tidak memadai tetapi cukup sebagai pemulaan langkah anda sebagai agen servis kami.

Sifat Ingin Tahu

Anda harus menanam sifat ingin tahu lebih tentang perkara-perkara berkaitan produk jualan tersebut kerana anda perlu tahu bahawa bukan sahaja penjual yang bijak tentang pengetahuan am malah pengguna juga bijak dalam membeli barangan. Sebagai agent penjual, anda harus memiliki ilmu pengetahuan yang lebih mendalam daripada pelanggan supaya penerangan adalah lebih jelas dan dipercayai.

Proses Aliran Servis Dropshipping

Keistimewaan Dropship Service MyLabuan Enterprise

Tawaran 10% Bonus

Setiap jualan unit sebanyak 50 ke atas pada jumlah produk jualan anda, kami menawarkan bonus sebanyak 10 peratus! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Perniagaan Berdaftar

MyLabuan Enterprise merupakan perniagaan yang berdaftar di bawah Majlis Daerah Putatan, Putatan, Sabah. No. pendaftaran perniagaan adalah (PTT : 2016/938).

Produk Jualan Halal

Produk jualan adalah 100% halal dan produk keluaran tempatan. Selamat untuk digunakan pada pelbagai jenis lapisan masyarakat.

Berminat untuk menjadi dropship agent kami?
Perlukan info lanjut? Kunjungi kedai kami!