Cetak TShirt | Custom Design Tanpa Minimum Order

Ingin miliki custom design t-shirt anda tersendiri pada harga berpatutan? Pelbagai jenis kain t-shirt disediakan untuk anda pilih! Tempahan terbuka pada pelbagai jenis kegunaan seperti hari keluarga dan baju kelas.

Berminat untuk menempahnya?
Pengenalan

MyLabuan Copy Centre bukan sahaja menawarkan servis rekabentuk dan cetak untuk kegunaan perniagaan sahaja malah kami juga menyediakan servis cetak t-shirt pada harga yang berpatutan! Tempahan rekabentuk atau design T-Shirt adalah mengikut kreativiti anda untuk mempersonakan wajah baju t-shirt anda.

Caranya amat mudah sekali! Anda hanya perlu memilih jenis kain t-shirt yang anda inginkan seperti T-Shirt Short Sleeve kemudian rough sketch atau lakaran kasar tentang design baju t-shirt anda inginkan. Kami akan menghubungi anda berkenaan pemilihan design atau rekabentuk yang diingini kemudian kami akan menyiapkan tempahan anda dalam 3 hingga 5 hari waktu bekerja.

Pembayaran harus dilakukan sebaik sahaja design dan jenis kain telah dipilih. Tempahan ini tidak terhad pada hari keluarga mahupun baju kelas sahaja, malah ia terbuka kepada anda yang ingin memiliki corak atau rekabentuk tersendiri yang pastinya tidak wujud di pasaran! Kami akan membantu anda untuk mendapatkan custom design t-shirt yang anda ingini!

Cetak Tshirt | Custom Design Tanpa Minimum Order
Ciri-Ciri Servis Rekabentuk & Cetak
Kualiti Terjamin

Kami memastikan kualiti rekabentuk (design) dan pencetakkan baju t-shirt adalah berkualiti tinggi. Rekabentuk akan diperbaiki selagi ia tidak menepati citarasa anda inginkan.

Visual Berkualiti Tinggi

Memastikan visual menarik perhatian yang mampu menarik perhatian perniagaan anda. Mengutamakan citarasa visual design yang anda inginkan.

Pantas dan Cekap

Memastikan tempoh menyiapkan rekabentuk adalah singkat dan tepat. Sebarang semakan rekabentuk boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Jenis T-Shirt dan Harga Servis
Round Neck T-Shirt

Kualiti kain Round Neck T-shirt kami adalah dijamin berkualiti tinggi dan amat sesuai sekali untuk digunakan pada bila-bila masa. Tidak berasa melekit pada kulit atau kurang selesa selepas menggunakannya pada jangka masa yang panjang. Kualiti cetak dijamin terbaik!

  • Dijamin berkualiti dan berbaloi
  • Pelbagai jenis Warna Available
  • Lengan Pendek dan Panjang (AVAILABLE)
  • Penghantaran dilakukan ke seluruh Malaysia
  • Harga adalah termasuk cas design + cetak.
  • Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia!
  • Tempoh penyiapan tempahan adalah 3-5 hari waktu bekerja

Harga : RM 35.00 / sehelai

Raglan T-Shirt

Raglan T-shirt juga mempunyai 3 jenis lengan baju yang berbeza iaitu pendek, medium (melepasi siku) dan panjang. Jenis kain Raglan T-shirt ini sesuai digunakan pada semua lapisan umur dan ia juga sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja.

  • Dijamin berkualiti dan berbaloi
  • Pelbagai jenis Warna Available
  • Penghantaran PERCUMA dilakukan ke seluruh Malaysia
  • Harga adalah termasuk cas design + cetak.
  • Lengan Pendek, Medium dan Panjang (AVAILABLE)
  • Tempoh penyiapan tempahan adalah 3-5 hari waktu bekerja
Harga : RM 45.00 / sehelai
Pelbagai RekaBentuk yang Menawan

Terdapat pelbagai jenis rekabentuk atau design yang kami sediakan untuk anda! Nantikan kemunculannya.

Cetak Tshirt | Custom Design Tanpa Minimum Order
Dah ada T-Shirt Sendiri?

Anda mempunyai t-shirt sendiri tanpa ada sebarang design di atasnya? Jangan risau! Kami juga menerima tempahan baju t-shirt (t-shirt anda miliki) yang ingin mengisi ruang kosong dengan design yang tersendiri pada harga berpatutan. Kami cuma mengenakan cas pada design & kos pencetakkan. 

Kami tidak mengenakan jumlah minima order yang perlu dilakukan tetapi kami akan mengenakan diskaun yang cukup berbaloi jika anda membuat tempahan melebihi 5 helai ke atas. Jadi apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini dan miliki design t-shirt yang tersendiri! 

Soalan Lazim

Tempoh untuk tempahan disiapkan adalah bergantung pada jumlah tempahan yang anda lakukan termasuk jenis design atau rekabentuk t-shirt anda ingini. Namun, kami menjanjikan ia siap dalam tempoh 3 – 5 hari waktu berkerja.

Untuk tempahan yang memerlukan khidmat servis custom design sahaja dengan menggunakan t-shirt anda sendiri juga disediakan. Walau bagaimanapun, kami ingin memastikan t-shirt atau baju yang anda sertakan itu adalah bebas daripada sebarang design asal iaitu ia wajib t-shirt kosong.

Samada baju t-shirt baru mahupun lama, kami menerima dengan tangan terbuka. Daripada anda lupuskan baju lama itu, lebih baik hidupkan semula dengan custom design yang lebih kreatif dan menawan. Pasti anda menyukainya!

Meskipun design pada t-shirt anda inginkan adalah simple sahaja, harga dikenakan adalah mengikut jumlah pengunaan bahan. Jika ia melebihi daripada standard bahan digunakan, cas tambahan dikenakan. Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan iaitu jumlah bahan, kos tenaga dan kos bahan digunakan.

Cara Tempahan Servis

Anda boleh kunjungi kedai kami yang terletak di alamat seperti berikut:-

Lot 300, 1st Floor, Tmn Pasir Putih PH4,
Jalan Gorongan, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Beroperasi

Isnin - Sabtu : 9 Pagi hingga 6 Petang
Ahad : 6 Petang hingga 8 Malam
Tutup : Cuti Umum sahaja

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0172179199 untuk mendapatkan info lanjut.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email iaitu mylabuancc@gmail.com. 24 jam secara online tanpa henti.