Cetak Stickers Murah | Custom Design

Adakah anda sedang mencari tempat untuk cetak stickers pada harga murah dan berpatutan? Harga serendah RM 15 pada saiz kertas A3 dicetak pada pelbagai jenis design yang anda ingini! Dapatkan sekarang!

Berminat untuk menempahnya?
Pengenalan

Stickers atau Label Pelekat lebih dikenali sebagai salah satu keperluan asas yang diperlukan di dalam pelbagai jenis pekerjaan terutama peniaga-peniaga yang mempunyai produk branding yang tersendiri. Ia tidak asing lagi untuk memiliki perniagaan sendiri dengan branding tersendiri! Malah ia adalah kewajipan kepada peniaga-peniaga yang ingin berkembang lebih jauh. 

Oleh itu, pihak kami menyediakan servis merekabentuk atau design stickers dan mencetaknya pada harga berpatutan untuk pelbagai kegunaan umum. Kami tidak menetapkan minimum order untuk anda mencetaknya malah kami menyediakan diskaun yang berbaloi jika anda menempahnya pada jumlah yang banyak.

Kami juga menerima apa sahaja jenis design yang anda ingin kami lakukan seperti stickers event untuk birthday, hari persandingan, rumah terbuka dan lain-lain. Oleh itu, jangan segan-silu untuk bertanya info lanjut tentang jenis stickers atau jenis event stickers anda inginkan. Kami sentiasa terbuka untuk menjawap soalan-soalan anda.

Ciri-Ciri Servis Rekabentuk & Cetak
Kualiti Terjamin

Kami memastikan kualiti rekabentuk (design) dan pencetakkan stickers adalah berkualiti tinggi. Rekabentuk / design akan diperbaiki selagi ia tidak menepati citarasa anda inginkan.

Kualiti Kertas yang Berkualiti

Memastikan visual pada kertas stickers adalah berkualiti tinggi dan memastikan ia adalah kalis air terutama stickers branding untuk produk basah atau cecair.

Pantas dan Cekap

Memastikan tempoh menyiapkan rekabentuk adalah singkat dan tepat. Sebarang semakan rekabentuk boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Harga Servis & Cetak
Rujukan Harga Printing Sticker
Penerangan Lanjut

Harga dinyatakan adalah termasuk harga servis design dan pencetakkan. Anda hanya perlu memilih saiz stickers dan jenis kegunaan yang anda gunakan pada stickers tersebut. Sebaik sahaja anda telah menyatakan 2 perkara di atas, kami akan memberikan beberapa contoh design yang berkait dengan perkara yang telah ditetapkan.

Pelbagai Saiz & Bentuk

Kami juga menerima pelbagai jenis saiz design stickers yang anda ingini dan harga tersebut akan merujuk pada gambar di sebelah atau atas (pada yang menggunakan smartphone). Sama ada dalam bentuk bulat, empat segi tepat, tiga segi atau lain-lain, kami boleh lakukan untuk anda. Anda hanya perlu menentukan jenis ukuran dan design yang diingini sahaja. Mudah, bukan?

Tempoh Tempahan
  • Tempoh untuk menyiapkan tempahan memakan masa 3-5 hari bekerja bergantung pada jumlah tempahan. Namun begitu, jika anda tempahan adalah pada jumlah yang sedikit sahaja, ia boleh disiapkan 1-2 hari bekerja.
  • Sebaik sahaja anda telah menetapkan saiz ukuran dan pilihan tema stickers yang anda inginkan serta pembayaran deposit telah dilakukan, kami akan menghubungi anda sama ada melalui e-mail atau aplikasi WhatsApp berkenaan pilihan design yang anda inginkan.
  • Setelah anda berikan jawapan muktamad pada design tersebut, kami akan lakukan proses pencetakkan dalam tempoh terdekat dan memaklumkan anda segera jika ia telah siap dicetak. 
Ciri-Ciri Utama Pencetakkan
Pelekat Kalis Air

Bimbang stickers anda menjadi rosak atau kembang selepas terdedah pada persekitaran suhu rendah seperti peti sejuk? Jangan risau! Stickers kami sediakan adalah kalis air.

Warna Kekal Segar Berkualiti

Warna pada pelekat atau stickers anda tidak akan menjadi pudar atau luntur selepas terdedah lama di kawasan panas atau basah. Bersesuaian pada penjual bahan sejuk / basah.

Jelas dan Mudah Difahami

Penggunaan font yang lebih difahami dan jelas untuk pelbagai lapisan umur. Mudah untuk pelanggan anda menghubungi anda semula jika ingin melakukan order kembali.

Pelbagai RekaBentuk yang Menawan

Design-design terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Nantikan!

Cara Tempahan Servis

Anda boleh kunjungi kedai kami yang terletak di alamat seperti berikut:-

Alamat Kedai

Lot 300, 1st Floor, Tmn Pasir Putih PH4,
Jalan Gorongan, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Beroperasi

Isnin - Sabtu : 9 Pagi hingga 6 Petang
Ahad : 6 Petang hingga 8 Malam
Tutup : Cuti Umum sahaja

Jika anda ingin menempah atau membuat sebarang pertanyaan tentang servis ini, hubungi 0172179199 untuk mendapatkan info lanjut.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh hubungi kami menerusi email iaitu mylabuancc@gmail.com atau sales@mylabuan.biz. 24 Jam secara online.