fbpx

Cetak Sampul Surat | Kota Kinabalu, Sabah

Cetak Sampul Surat | Kota Kinabalu, Sabah
Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung yang melawati ruangan blog RizQi Copy Centre. Pada hari ini, saya akan memperkenalkan lagi salah satu servis pencetakan yang mungkin tidak lagi popular dalam kalangan pengguna namun masih wujud! iaitu cetak sampul surat. 

Jika difikirkan semula, servis seperti ini sangat popular sekali pada suatu ketika dahulu kerana masih ramai pengguna atau syarikat-syarikat korporat yang menggunakan surat untuk sebagai medium pemberitahuan notis kepada pelanggan mereka. Namun begitu, servis seperti ini tidak lagi ramai yang melakukannya kerana teknologi pada masa kini telah berkembang pesat dan email telah menjadi pengganti jarak pemisah antara kita dan pelanggan kita.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarikat kerajaan dan swasta yang masih meneruskan penggunaan servis mencetak sampul surat atas beberapa sebab tertentu. Saya akan berikan contoh yang mudah untuk kita bayangkan tentang mengapa pentingnya masih menggunakan servis seperti ini..

Sebagai contoh, anda mempunyai urusan rasmi pada salah satu orang kenamaan.. tidak kiralah sama ada Datuk atau Yang Berhormat mahupun Pengurus syarikat.. Anda diminta untuk menghantarkan surat disertakan dengan sampul surat. Anda tidak tahu cara yang betul lalu anda print sahaja alamat dan memotong empat segi kemudian menampalnya terus ke atas sampul surat. Ya, kebiasaanyya ia dilakukan untuk penghantaran barang namun situasi di atas adalah berbeza! Oleh itu, di samping menunjukkan imej anda sebagai salah seorang tetamu ..ia juga menunjukkan sifat keperibadian anda. 

Envelope-Design-and-Printing-Service
Saiz Sampul Surat

Kami menyediakan servis cetak sampul surat daripada saiz A4 hinggalah saiz A6. Secara menegak, saiz A4 adalah 21 cm x 29.7 manakala saiz A5 adalah 14.8 cm x 21 cm dan A6 adalah berukuran 14.8 cm x 10.5 cm. Kami hanya boleh menyediakan servis cetak dalam ruangan atau jarak ukuran yang seperti yang dinyatakan. Lebih daripada A4 seperti A3, kami tidak mampu melakukannya.

Cas Servis

Kami tidak akan mengenakan cas design sekiranya hanya ingin meletakkan logo syrikat, nama, alamat syarikat, no. telefon & fax, email dan alamat penerima. Kami hanya mengenakan cas mencetak sahaja mengikut jenis sama ada Hitam & Putih (B&W) atau Cetak Warna Penuh (Full Color Printing) mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Namun begitu, jika logo anda perlu kami perbaiki dan menghaluskan semula, cas pembaikian akan dikenakan dalam jangkaan RM 10.00 – RM 30.00 sahaja.

Tempoh Siap

Tempoh tempahan untuk siap adalah bergantung pada jumlah tempahan anda lakukan. Jika satu sahaja, on the spot boleh siap. Tapi jika anda memerlukan design yang spesifik, 3 hari bekerja diperlukan untuk kami menyiapkan tempahan tersebut.

Akhir kata, servis ini masih wujud dan masih ramai yang menggunakannya cuma atas tujuan urusan rasmi sahaja. Jika anda memerlukan servis ini, boleh hubungi saya melalui aplikasi WhatsApp di 010 952 5193. Terima kasih. Jangan lupa untuk sebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda ya!

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen