Prosedur Pengiriman Barang

# Pihak kami amat mementingkan kualiti barangan dan penghantaran barangan kami.
# MyLabuan Enterprise (MeowQu Pets) akan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
# Kos penghantaran berdasarkan kepada destinasi dan berat barang tersebut.
# Kos penghantaran barangan akan dimaklumkan selepas pihak kami menerima tempahan yang lengkap.
# Caj penghantaran akan dikenakan kepada setiap pelanggan.
# Sila berikan maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon yang tepat seperti di WhatsApp atau laman web lain.
# Pihak kami akan memproses tempahan pelanggan selepas pengesahan pembayaran bayaran dilakukan.
# Pelanggan boleh membuat tempahan produk secara Call/SMS/WhatsApp/WeeChat : 60172179199 pada setiap hari termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum.
# Pihak kami hanya akan membuat pengeposan barang pada hari bekerja Isnin-Jumaat (10.00 pagi sehingga 3.00 petang) sahaja.
# Pihak kami hanya akan membuat pengeposan pada hari yang sama jika menerima pembayaran sebelum jam 10 pagi.
# Jika pelanggan membuat pembayaran selepas jam 12.00 tengahari pihak kami akan membuat penghantaran hari berikutnya.

Pengesahan Penghantaran (Tracking Number)

Selepas barang pesanan pelanggan diambil oleh pihak ABX Express atau lain-lain syarikat penghantaran, nombor rujukan (tracking number) akan dimaklumkan melalui email atau WhatsApp oleh pihak kami selewat-lewatnya pada pukul 6 petang.

Cara Pembungkusan :

# Semua barang/produk akan dibungkus dengan kemas untuk menjamin tahap keselamatan semasa penghantaran.
# Pihak kami akan membuat pengkelasan barang sama ada barang tersebut perlu dihantar menggunakan beg plastik atau kotak bagi memastikan barang tersebut diterima dalam keadaan yang baik (mengikut saiz dan jenis barang yang dipesan).

Tempoh Penerimaan Barang

# Tempoh penerimaan barang 3-5 hari bekerja dari tarikh penghantaran.
# Jika pelanggan belum menerima barang selepas 5 hari bekerja ianya dihantar, pelanggan perlu memaklumkan pihak kami dengan kadar segera WhatsApp/WeeChat : 60172179199
# Pelanggan diminta untuk menghantar WhatsApp/WeeChat : 60172179199 atau email semula maklumat seperti nama penuh, alamat lengkap, no.telefon, jenis produk dan kuantiti serta tracking number kepada kami.
# Pihak kami akan membuat semakan penghantaran dengan pihak syarikat penghantaran

Enjoy this article? Don't forget to share!