fbpx

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Design & Talk Blog
Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca Design & Talk blog yang disediakan oleh MyLabuan Copy Centre. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan 7 JENIS font yang terbaik untuk digunakan dalam penulisan resume. Kami berkongsikan tips-tips seperti ini untuk membantu anda yang masih buntu untuk membina resume dan curriculum vitae bagi persediaan panggilan temuduga kelak.

Pada umumnya, anda kemungkinan besar telah terbiasa menggunakan ‘Default Font’ yang telah disediakan oleh perisian untuk penulisan resume anda. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis font yang boleh digunakan dan mengapa ia mampu memainkan peranan penting dalam menentukan personaliti diri anda sebagai seorang calon temuduga.

Font yang sering digunakan dalam penulisan resume oleh kebanyakan calon adalah Calibri atau Arial iaitu default font yang terdapat di dalam perisian tersebut. Pemilihan font yang sesuai akan memainkan peranan dalam penapisan calon pada pusingan awal sebelum dipanggil temuduga. Oleh itu, anda harus lakukan pilihan yang bijak dalam menentukan font yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan resume.

Pada dasarnya, pemilihan font yang tepat dan bersesuai pada penulisan resume haruslah memenuhi beberapa kateria seperti berikut :-

  • Ia haruslah mudah dibaca dan difahami oleh penemuduga anda.
  • Kelihatan jelas dan tersusun serta nampak sistematik selepas dicetak.
  • Elakkan font yang seakan-akan tulisan berangkai (bersambung)
  • Pastikan font itu ‘common’ tanpa perlu dimuat turun oleh pihak yang menerimanya.

7 jenis font yang disenaraikan di bawah ini adalah font yang digemari oleh panel-panel penemuduga di seluruh dunia secara umum. Tanpa melengahkan waktu, saya akan mempersembahkan beberapa jenis font yang sesuai digunakan dalam penulisan resume anda iaitu :-

1. Arial

Arial merupakan jenis font yang saya katakan sebagai Default Font yang telah ditetapkan dalam beberapa jenis perisian penulisan. Arial merupakan font yang dikategorikan sebagai sans-serif font dan ia amat sesuai sekali digunakan kerana ia tampak lebih jelas dan tersusun. Namun begitu, ia sering digunakan dalam penulisan resume dan peratus dalam kiraan 10 calon, boleh dikatakan 6 calon akan menggunakan font tersebut. Contoh font boleh dilihat secara jelas di bawah :-

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Arial Font
2. Calibri

Calibri merupakan font yang telah ditetapkan sebagai ‘Default Font’ dalam perisian seperti Microsoft Word dan WPS Writer. Ia merupakan jenis font yang selamat digunakan untuk penulisan resume namun begitu jumlah calon yang menggunakan font jenis ini sangat tinggi sekali. Walau bagaimanapun, saya masih galakkan anda untuk menggunakan font ini kerana ia adalah mudah dibaca dan difahami oleh pembaca atau penemuduga anda.

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Font Calibri
3. Cambria

Seterusnya, font yang juga kelihatan seperti tulisan klasik dan mempunyai kelas yang tersendiri namun masih tergolong dalam kumpulan ‘Defaul-Type Font’ iaitu Cambria. Jika anda lihat font Cambria ini seolah-olah sama seperti Times New Roman namun ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh disebabkan ciri-ciri tersendirinya ini membolehkan ia menjadi salah satu font yang digemari kerana bentuk dan susunan font tersebut kelihatan kemas dan bersih. Jika anda sudah terbiasa menggunakan Times New Roman sebagai font penulisan resume anda, mungkin font Cambria ini boleh dimasukkan ke dalam senarai font anda.

4. Garamond

Garamond merupakan font yang menghampiri seperti Times New Roman namun begitu ia disifatkan seperti font klasik dan ‘classy’. Font Garamond juga adalah salah satu pilihan yang digemari oleh panel-panel penemuduga kerana kelihatan jelas dan nampak tersusun rapi. Jika anda inginkan kelainan daripada font yang sering anda gunakan sebelum ini, font Garamond juga adalah pilihan yang baik untuk digunakan dalam penulisan resume anda.

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Font Garamond
5. Georgia

Jika anda seorang penggemar font Times New Roman seperti saya, Georgia merupakan font yang boleh dimasukkan ke dalam senarai font penulisan resume anda. Georgia merupakan font yang senang didapati dalam semua jenis perisian dalam komputer oleh itu ia adalah antara font yang terbaik untuk digunakan dalam penulisan resume. Georgia merupakan font yang seakan-akan kembar seriras pada Times New Roman, oleh itu saya galakkan anda penggemar font Times New Roman untuk menggunakan font ini dalam penulisan resume anda seterusnya!

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Font Georgia
6. Helvetica

Seterusnya, font Helvetica juga merupakan font yang digemari ramai panel penemuduga kerana ia kelihatan anggun dan menawan. Selain itu, ia digambarkan sebagai kelihatan profesional, positif dan amanah oleh pakar tipografi, Brian Hoff of Brian Hoff Design. Saya sangat galakkan anda yang sering menggunakan Arial atau Cambri, boleh bertukar kepada font Helvetica!

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Font Helvetica
7. Times New Roman

Akhir sekali adalah font Times New Roman. Font ini sering digunakan oleh calon-calon temuduga kerana kelihatan kemas dan sistematik. Ia juga dikategorikan sebagai font yang memaparkan personaliti seseorang itu kelihatan profesional dan teliti dalam melakukan kerja. Namun begitu, font ini sangat digemari ramai hinggakan ia tidak lagi menjadi font yang menarik untuk dibaca oleh panel-panel penemuduga. Pastinya anda tidak mahu panel-panel penemuduga anda berasa boring untuk melihat dan membaca resume anda, bukan?

7 Jenis Font Terbaik untuk Penulisan Resume | Font Times New Roman
Kesimpulannya

Kesimpulannya, font yang telah saya senaraikan di atas ini adalah font-font yang digemari oleh panel-panel penemuduga dan terdapat lagi jenis font yang menghampiri font-font dinyatakan. Saya tidak memaksa anda untuk menukar font yang telah anda biasa gunakan namun perkongsian kali ini adalah sekadar cadangan untuk anda memilih font yang menepati citarasa panel-panel penemuduga anda di waktu kelak.

Lakukan pilihan yang bijak dan pastikan pengisian resume anda juga menepati kriteria-kriteria standard resume. Anda boleh rujuk di ruangan Blog saya di mana saya juga membincangkan elemen-elemen penting harus dimiliki dalam penulisan resume. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat pada diri anda! Jika anda sudah menukar font anda, jangan lupa untuk komen dan berikan jenis font yang sering anda gunakan sebelum ini sebelum anda menukarnya. Cheers!

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen