fbpx

5 Perkara Tercetusnya Idea Menjadi
Seorang Pereka Grafik

Pereka Grafik | 5 Perkara Tercetusnya Idea Menjadi Seorang Pereka Grafik

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para pengunjung RizQi Copy Centre. Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang bagaimana 10 perkara mencetuskan idea kepada saya menjadi seorang pereka grafik dan mengapa saya jadikan ia sebagai sumber pendapatan yang berbaloi untuk masa akan datang.

Sejak usia seawal 7-8 tahun, saya telah didedahkan dengan dunia animasi Jepun seperti Dragon Ball, Sailor Moon, Doraemon dan Crayon Shin Chan. Saya amat tertarik sekali pada animasi tersebut hingga mencuba melukisnya sebagai menunjukkan minat terhadapnya. Kemudian, pada usia 15 tahun saya telah didedahkan dengan perisian grafik yang cukup menarik perhatian saya iaitu Corel Draw X3 series di mana saya menggunakan Corel Draw Photo Paint sebagai ruang untuk menyunting gambar-gambar pemandangan yang saya tangkap menggunakan kamera.

Meskipun minat mendalam terhadap seni rekabentuk grafik itu wujud dalam diri saya akan tetapi saya mengutamakan hala tuju diri saya ke arah bidang kejuteraan. Sebaik sahaja menamatkan pengajian di kolej sebagai pemegang diploma kejuteraan Elektrik dan Elektronik, saya meneruskan kerjaya sebagai seorang Juruteknik Penyelenggaraan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Namun begitu, saya merasakan ia bukan kerjaya yang sesuai untuk diri saya kerana tugas dilakukan adalah sama sahaja.

Kemudian, saya bertekad untuk mencuba dan mencari semula minat yang terpendam iaitu mempelajari secara lebih mendalam tentang seni rekabentuk grafik. Tanpa melengahkan waktu, saya akan menerangkan mengapa 10 perkara tercetusnya idea menjadi seorang pereka grafik dan mengapa ia penting bagi anda yang mempunyai kreativiti yang tinggi! Tahun ini telah masuk tahun kedua saya sebagai seorang Pereka Grafik dan Web ..Oleh itu, saya berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya lalui sepanjang tempoh tersebut dan kemungkinan anda di luar sana akan berminat untuk menjadi seperti saya!

1. Setiap hari belajar benda baru

Perkara pertama yang mencetuskan minat saya menjadi sebagai seorang pereka grafik adalah setiap hari saya akan mempelajari benda baru dan ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman serta teknologi. Selain itu, seni rekabentuk grafik mempunyai pelbagai cabang dan setiap cabang ini adalah cabang sumber pendapatan ! Anda hanya perlu ketahui jenis cabang yang anda rasa ia sesuai bagi anda untuk meneruskan sebagai kerjaya hidup.

2. Kreativiti menjadi sumber pendapatan

Seterusnya, kreativiti boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan jika anda tahu caranya. Kreativiti penting dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada bekerja mahupun belajar. Oleh itu, jika anda adalah seorang individu yang mempunyai kreativiti yang tinggi, anda boleh olahkan kreativiti tersebut sebagai sumber pendapatan anda! 

3. Berfikir di Luar Kotak

Berfikir di luar kotak amat penting sekali terhadap pereka grafik kerana mereka memerlukan idea dan memandang suatu subjek daripada pelbagai sudut untuk mendapatkan ilham. Memahami konsep tanpa melihat ia daripada pelbagai sudut akan menghadkan kebolehan seseorang untuk berfikir jauh namun mempunyai kebolehan untuk befikir diluar kotak membolehkan seseorang menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah diberikan.

Berfikir di luar kotak telah membantu saya dalam menyelesaikan masalah ketika waktu-waktu genting dan ia telah menjadi ‘booster’ pada diri saya untuk mendapatkan idea-idea yang bernas terutama sekali melakukan tempahan last minute.

4. Setiap perniagaan memerlukan seorang Pereka Grafik

Pernahkan anda terfikir mengapa setiap syarikat sekurang-kurangnya mempunyai seorang pereka grafik atau mengupah firma rekabentuk grafik? Setiap syarikat di luar sana yang menjalankan perniagaan akan memerlukan seseorang yang berkebolehan menghiasi imej syarikat anda agar ia kelihatan profesional, unik dan istimewa! Jika anda seorang bersifat berdaya saing dan kompetitif serta berbakat dalam bidang rekabentuk grafik, saya cadangkan anda untuk menjadi pereka grafik di cabang marketing. Melalui cara ini, anda boleh berjumpa pelbagai jenis watak dan personaliti yang mampu mewarnai hidup dan kerjaya anda. Di samping itu, anda boleh meluaskan rangkaian sosial dan secara tidak langsung, potensi pelanggan baru anda akan meningkat!

5. Melakukan Perubahan

Akhir sekali, perkara yang menyebabkan saya berminat untuk menjadi pereka grafik adalah melalui kerjaya ini saya boleh melakukan perubahan pada diri dan pada orang sekeliling yang memerlukan perkhidmatan atau servis saya sediakan. Selama tempoh 2 tahun ini, saya melihat diri saya lebih selesa berbanding daripada tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, jika anda bercadang untuk menjadi pereka grafik, luaskan pengetahuan anda dan asah bakat anda serta biasakan diri menggunakan perisian grafik digital. 

Saya cadangkan anda untuk menggunakan Adobe Creative Suite jika anda serius untuk memperkembangkan pengetahuan dan mengasah bakat anda, Anda akan lebih up-to-date dan melalui cara ini, anda mampu melakukan perubahan pada diri anda! Jika anda cenderung pada karya animasi, anda boleh cari perisian digital secara online tentang perisian yang bersesuaian dengan spec CPU anda dan paling penting, anda berasa selesa untuk menggunakannya.

Kesimpulannya

Kesimpulannya, saya amat suka sekali menjadi pereka grafik dan web kerana itulah minat serta sumber pendapatan saya. Meskipun suatu kerjaya itu menawarkan sumber pendapatan lumayan namun tanpa minat, ia tidak memberikan impak pada hidup saya dan sudah tentu dunia akan kelihatan lebih suram. Sekali lagi, saya sarankan anda pada yang berminat untuk menjadi pereka grafik dalam apa jua jenis cabang seni grafik, berusahalah dan asahlah bakat anda untuk menjadi yang terbaik! Anda pasti boleh lakukannya!

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen