Pemakanan Tambahan untuk Kucing

Posted on Posted in Pets Supplies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

# Penjagaan Asas Kesihatan Kucing

Kita seringkali terbaca di group-group kucing tentang kesedihan dialami oleh tuannya apabila secara tiba-tiba kucing kesayangan mati tanpa sebarang sebab.

Adakah anda percaya setiap kejadian tiada sebarang sebab dan ia kembali kepada penciptanya dengan begitu saja? seperti barang mainan kehabisan bateri?

Tentu perkara ini tidak masuk diakal langsung, sebab setiap kejadian pasti ada penyebabnya.

Kepada yang memelihara kucing tu, jangan hanya beranggapan bahawa selepas lengkap suntikkan vaksin maka kucing anda kebal dari sebarang virus yang boleh membunuh secara senyap tapi perlu diingat daya tahan suntikkan vaksin hanya bersifat sementara dan yang lebih menyedihkan suntikkan Ivomec yang dibuat setiap bulan disangka akan menyelamatkan kucingnya dari serangan virus merbahaya.. Inilah diantara faktor yang perlu difahami oleh sesiapa yang memelihara kucing. Suntikkan Ivomec yang dibuat pada setiap bulan adalah bertujuan mencegah masalah kutu, kurap dan fungus dan bukan mencegah penyakit seperti FIP dan Parvo.

Oleh itu penjagaan kesihatan asas penting untuk menjamin kesihatan kucing-kucing kesayangan anda seperti menjaga kebersihan persekitaran, kebersihan telinga, kebersihan mata, kebersihan usus, kebersihan saluran kencing dan sentiasa membantu menguatkan antibodi badan kucing anda dengan pelbagai produk di pasaran.

AMHO (Air Minuman Haiwan Organik) boleh diberi minum pada kucing seawal usia 2 minggu untuk menguatkan antibodi supaya dapat membantu melawan penyakit dan kami juga mencadangkan diberikan Brewer Yeast setiap hari untuk mengemukkan dan mencantikkan bulu kucing anda.

Kami juga menjual Produk Kesihatan Asas untuk penjagaan kucing anda seperti photo yang disertakan.

Pemakanan asas untuk gemuk dan mencantikkan bulu kucing.

# Penghantaran Ke Seluruh Malaysia : RM15 – RM18 Mengikut berat barangan.
# Penghantaran Menggunakan Bas (Sabah Sahaja) : RM7 – RM10 mengikut lokasi penghantaran.

Jika ada pertanyaan atau ingin membeli boleh PM/Call/SMS/WhatsApp : 0172179199

Enjoy this article? Don't forget to share!