Tips yang kami ingin kongsikan adalah cara-cara untuk bersuaikenal dengan kucing baru sama ada anda menerimanya dari orang lain, membelinya atau menjaga buat sementara waktu. Secara umumnya, apa sahaja jenis haiwan yang ada diluar sana mempunyai perasaan takut apabila berada di tempat baru terutama di dalam kelompok manusia.

Jika anda berniat untuk membela kucing dan ini merupakan kucing pertama anda, kami sarankan anda untuk membeli barangan asas yang diperlukan untuk kucing baru anda.

  • Mangkuk untuk makanan dan minuman
  • Cat toys (optional tetapi digalakkan)
  • Sangkar (optional) bergantung pada saiz

Image result for travel pet boxSebelum itu, pastikan ruangan rumah anda bersih dan selamat ! Jika anda berniat untuk membela anak kucing, sudah pasti pemikiran mereka masih belum matang seperti kucing yang berusia 6 bulan ke atas. Oleh itu, pastikan segala wayar elektrik yang  ada di sekeliling rumah anda berada dalam kemas dan tersusun. Barangan kaca yang berharga harus disimpan jauh daripada kawasan si kecil nanti bermain.

Pada peringkat awal, kami syorkan anda sediakan “Pet Carrier Box” sewaktu mengambil kucing baru supaya mengurangkan risiko ia terkejut dan lari daripada anda. Pastikan anda lapik kotak Pets itu dengan tuala kerana kemungkinan besar kucing baru anda akan muntah atau kencing di dalam kotak tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke tempat tinggal barunya. Kami tidak menggalakkan anda untuk melepaskan ia mengejut daripada kotak itu kerana persekitaran yang baru mampu memberikan ia stress pada dirinya dan sudah pasti, anda tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku seperti ia lari dari rumah. Oleh itu, anda boleh letakkan ia ke dalam sangkar dan biarkan ia kenal pasti suasana rumah selama beberapa hari. Jika anda sudah yakin, anda boleh lepaskan kucing anda di dalam rumah.

Image result for cat smellingKucing baru anda akan sibuk untuk membuat rondaan sekeliling rumah dan menghidu setiap tempat yang mereka lalui bagi mengenal pasti lebih dalam tentang persekitaran tempat tinggal baru mereka. Ini merupakan reaksi yang amat normal sekali kerana mereka amat sensitif pada bau yang ada di kawasan tersebut. Kucing baru anda mungkin akan rasa terkejut jika tiba-tiba ramai yang cuba mendekatinya. Oleh itu, anda boleh cuba mendekatinya secara sendirian dengan memberikan makanan atau snek dan biarkan ia menghidu bau di tangan  anda supaya ia tahu itu adalah orang yang akan rapat dengannya.

Image result for cat toysSelain itu, anda boleh bawa ia bermain bersama dengan apa sahaja mainan yang sesuai untuk kucing kerana melalui cara ini juga ia dapat bersuaikenal dengan cepat tanpa rasa takut dan gelisah apabila bersemuka dengan anda di kemudian hari! Kami amat galakkan anda untuk mencuba cara ini kerana ia amat berkesan sekali pada kucing-kucing baru.

 

Walau bagaimanapun, kami tidak mengalakkan anda untuk terus melepaskan kucing baru anda di dalam kelompok kucing dewasa atau kucing-kucing anda di rumah tanpa pengawasan. Hal ini demikian kerana kucing-kucing anda pasti akan rasa iri hati terhadap kucing baru anda terutama kucing dewasa. Kami syorkan anda untuk memantau kucing baru anda bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan.

Kami juga menyediakan produk khas untuk kucing baru anda yang mungkin masih belum dapat menyesuaikan diri mereka di dalam persekitaran baru iaitu MeowQu’s Catnip Spray dan MeowQu’s Poo & Pee. Catnip bertindak untuk memberikan ketenangan pada kucing anda di samping dapat mengurangkan stress pada mereka yang baru sahaja di tempat tinggal baru mereka! MeowQu’s Poo & Pee bertindak untuk menghalang anak kucing atau kucing baru anda kencing dan membuang najis di tempat yang tidak diingini seperti rak kasut, almari, kerusi dan lain-lain. Untuk dapatkan info lanjut, klik pada nama produk tersebut.

Kesimpulannya, kami harap dengan cara-cara ini dapat memudahkan urusan anda untuk mengurus kucing anda dengan lebih teratur dan efektif. Kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi apa sahaja tips yang boleh ditambah di ruangan komen yang disediakan. 

Enjoy this article? Don't forget to share!